Korang pernah makan nasi ayam? Mesti pernah dan pasti ada pelbagai jenis dan nama nasi ayam yang anda tahu. Di Ipoh, orang pernah kata nasi ayam Hainan di pekan lama sedap tetapi bagi saya tak sedap. Selera mulut masing masing. Baru baru ini saya makan nasi ayam di Sungai Besar, dan kedai itu adalah kedai Nasi Ayam Gemas.
Istimewa NAG ( nasi ayam Gemas ) bagi saya adalah nasi. Nasi tidak berminyak dan seakan akan berempah. Sedap dimakan begitu sahaja. Sup pula adalah seakan akan sup tauge. Sup ini ok, cuma banyak juga letak Pak haji. Saya memang tak suka sangat kalau ada ajinamoto.
Ayam pula memang menyelerakan. Ada 4 jenis masakan, biasa, stim, madu dan berempah. Saya ambil ayam madu dan Chiq Dina ambil ayam stim. Ayam banyak, dan kalau anda datang beramai, anda boleh ambil seekor atau setengah ekor.
Ada juga pelbagai menu lain kalau suka, silalah datang ke NAG Sungai Besar atau di Kuala Selangor.
Teh ais cina
Nasi ayam madu
No comments:
Post a Comment