wah! best!

Followers

Jom klik

Saturday, June 30, 2012

Agresif apabila tidak dapat bermain iPad

Tak pasti mengapa Adib bersikap agresif apabila saya tidak membenarkannya bermain iPad. Benarlah seperti dalam rencana yang disiarkan oleh sebuah suratkhabar tempatan. Laptop, iPad, serta gadget permainan komputer akan membuat kanak kanak bersikap agresif.

Ini pengalaman saya sendiri selepas saya tiba tiba merampas ipad dari Adib. Dia terus menjerit jerit dan berani menendang saya. Alhamdulillah nasib saya tak cepat tangan. Mungkin sebab ada Opah dan tok .

Esok saya nak tengok apa reaksi dia jika saya tak membenarkannya bermain dan tidak akan melayan dia untuk satu hari.harap harap Adib akan sedar dan tidak bersikap agresif lagi.

 

P/s: adakah sebab selalu tengok ultraman? Dengan orang lain takut plak

 

4 comments:

. said...

canggih permainan anak sekarang.

hasmardy said...

Tu la.... Akan datang tak tahu apa plak

Cikgu Farhana said...

kena control Madi, anak aku yg nak masuk 2yr tu pon akan meraung klu ambik iPad drp dia... pandai campak barang .. aku pun nasib x cepat tangan, tarik nafas, pekakkan telinga, cepat2 tenangkan/pujuk dia waktu baling barang tu...

cuma yg aku nampak, dlm sehari jgn bagi dia main lama sgt, jgn bg dia depend pd iPad, susah... tp itulah cabaran kita kan

hasmardy said...

Betul tu ana. Bagus pun ada gak. Tgk anak aku yg 2 tahun dah pandai main jari buka tutup....

Mak bapak yang perlu pantau

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...