wah! best!

Followers

Jom klik

Friday, December 05, 2014

DIY water heater

Alhamdulillah akhirnya berjaya juga menyiapkan pemasangan water heater secara DIY. Beli water heater pun sebab anak-anak yang akan sekolah tahun hadapan. Jika ada ibunya senang sikit, ni saya seorang sahaja yang kena uruskan. Harap dengan water heater tak ada masalah nak mandi pagi terutama amni...

Jadi disini saya bagi tips sedikit sebelum memasang water heater. Pertama kena fikirkan kedudukan dan punca air yang akan diambil. Sebelum itu, upah untuk pasang water heater ini rm80.00 . Belum masuk harga untuk buat paip. Saya plak jenis suka bab menghancurkan barang, jadi baik saya cuba dulu. Terima kasih pada Chiq Dina yang membantu memberi idea kedudukan dan punca air. Kami ambil air dari shower yang disediakan oleh pemaju. Jadi tak ada pasang punca air baru.

Semasa nak pasang, kena sediakan alatan-alatan yang sesuai. Kalau tak ada pandai2 le ek. Semasa pasang ini kena ada pembantu. Terima kasih Abang Adib dan Chiq Dina... Yang masalah saya hadapi adalah wiring . Tak cukup panjang. Dan apabila buat sambungan pastikan anda menggunakan wiring 2.5 mm kalau tak silap. Senang cakap, kata kt kedai elektrik, nak wayar untuk water heater. Ini sebab water heater guna tenaga elektrik yang tinggi.

Akhir sekali, sebelum nak guna, baca panduan yang diberi. Macam joven, panduan suruh isikan air penuh tanpa 'on' suis supaya dapat membuang kotoran dalam pemanas air. Selepas selesai baru boleh cuba. Hati-hati, sebab risau ada arus elektrik k... Jangan lupa periksa semua button pada water heater. Skru kan dengan betul dan ketat. Kalau nak cantik, seal dengan gam ek.

Sekian tentang diy... Masalah yang saya nampak, ada air menitis pada penyambung tembaga.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...