- Kos pendidikan semakin meningkat disebabkan pelbagai faktor termasuk inflasi. Ini akan mengakibatkan ibu bapa menanggung beban kewangan apabila anak mereka memulakan pendidikan tinggi. Maka lebih awal kita membeli polisi insurans, lebih banyak masa untuk wang anda bertambah dan menjadi berlipat ganda supaya dapat membiayai pendidikan tinggi anak anda dengan lebih baik.
- Berapa banyak perlindungan tayang kita perlukan?
- Menetapkan matlamat pendidikan anak. Antara faktor yang mungkin perlu dipertimbangkan adalah tempat belajar, Tahap kelayakan, universiti yang dipilih, bidang pengajian dan jangka masa pengajian.
- Sebagai panduan, kita boleh mencampurkan yuran tahunan kursus dengan jangkaan perbelanjaan sara hidup dan mendarabkan amaun tersebut dengan bilangan tahun pengajian. Ini akan memberi gambaran jumlah kos yang ditanggung hari ini.
- Dengan mengambil kira inflasi, jumlah kos yang diperlukan mungkin di luar kemampuan kita, namun sekiranya kita menyimpan wang secara bijak melalui simpanan atau pelaburan, pulangan yang terkumpul dalam jangka masa beberapa tahun dapat membantu kita membiayai kos pendidikan tersebut.
- Jenis polisi pendidikan anak
- Polisi endowmen
- Polisi berkaitan pelaburan
- Polisi endowmen :
- Menggabungkan komponen simpanan dan perlindungan.
- Berbentuk :
b) Tanpa sertaan - tidak berkongsi keuntungan kumpulan wang insurans hayat tetapi jumlah yang diinsuranskan dijamin sepenuhnya.
- Polisi berkaitan pelaburan
PERKARA - PERKARA YANG PERLU DIKETAHUI KETIKA MEMILIH POLISI PENDIDIKAN ANAK
1. Pastikan anda memilih perlindungan tambahan iaitu manfaat pembayar
- Pilih polisi yang mengecualikan bayaran premium sekiranya ibu bapa meninggal dunia atau disahkan berpenyakit kritikal atau hilang upaya menyeluruh dan kekal.
- Menabung melalui insurans mendisplinkan seseorang untuk terus memperuntukkan jumlah wang secara tetap setiap tahun sehingga polisi matang. Oleh itu sila pastikan jumlah premium berdasarkan pendapatan dan perbelanjaan semasa anda. Mulakan dengan amaun kecil.
- Jangan tambah manfaat seperti insurans perubatan hospital , pembedahan atau perlindungan penyakit kritikal kerana akan mengurangkan amaun simpanan. Harus diingatkan bahawa kita menginspirasikan hayat anak, oleh itu perlindungan tambahan seperti penyakit kritikal mungkin tidak perlu kerana kemungkinan menghidap penyakit kritikal dalam kalangan kanak kanak adalah kecil.
Sumber: infoinsurans | BH | Isnin @ 7 September 2012
No comments:
Post a Comment