Sebelum di pulangkan, aku pun modified kereta ini. Ala modified berdasarkan cerita blog. Antara yang aku buat adalah resit semula throttle body. Cara untuk rebet semula adalah seperti berikut:
- 'on' kunci anda selama 2 minit kemudian 'off' kembali.JANGAN HIDUPKAN ENJIN. ON SAHAJA
- Tekan pedal minyak sehingga habis dan kemudian 'on' kembali. Jangan lepaskan selama 10 saat. anda akan dengar bunyi tiiit.
- Tutup .... Dah siap.
Perkara kedua yang aku buat, tukar air filter. Kali ini aku ambil jenis drop in jenama redline. Beli kat BROTHERS. Harga RM 98.00 hutang. Hehehehe.
Selepas pasang aku dengar bunyi lembut dari sebelumnya. Masa memandu pula aku dapat rasakan pick up yang begitu selesa. Tak perlu rasa ragu ragu ketika memotong.
Namun aku diberitahu bahawa alatan ini boleh bertahan sehingga 2 tahun lebih dan perlu diselenggara selalu. Ada jual bahan kimia untuk mencucinya.
Jika aku puas hati, Insyaallah aku nak masukkan K&N pula.
Itu yang aku lakukan untuk meningkatkan kuasa enjin persona. Seterusnya Chiq Dina pula yang akan uruskan. Antara yang bakal menanti adalah, clutch plate, absober dan spring serta balancing. Tak lupa juga repair kesan kemek yang telah dialaminya. Alamat gaya kereta ini kekal bersama selamanya.
No comments:
Post a Comment