Adib terus pergi jumpa klinik Nurul Huda manakala saya pergi ke sekolah selepas makan ubat migrain. Sampai sekolah mata dah rasa layu, sakit kepala tak juga kurang. Saya kalau sakit kepala memang tak boleh nak buat apa. Dalam kelas ganti pun terasa seperti dunia sendiri.
Selepas sahaja kelas pertama saya, terus saya minta kebenaran untuk berjumpa doktor. Terus balik rumah dan yang menghantar Chiq Dina la... Dua kali saya muntah, nasib baik pagi itu makan quaker oat sahaja. Kalau tidak tak larat nak muntah.Cerita Adib pula, suhu badan dah sampai 38 darjah celcius. Terus doktor masukkan ubat dalam punggung. Ubat pun sampai 5 jenis. Doktor kata Adib ada kahak, walaupun Dr. Mahathir dari klinik kesihatan kata tidak ada. ( hampir 3 minggu peristiwa itu).
Saya pergi klinik kerajaan sahaja. Saya dah tahu pasti sakit disebabkan stress. Tapi kali ini jumpa dengan penolong perubatan dan dia kata saya migrain dan bertanya ada minum kopi tak. Hehehehe Sejak akhir akhir ini kopi memang kegemaran pun. Saya pun minta MC sebab dah tak larat dan teka siapa doktor yang saya jumpa... Mahathir! Hahahaha selamba cakap terus terang je nak MC.
Dah balik rumah, tidur dari pukul 11 pagi sehingga 1.30 petang. Itu pun masih ada lagi kesan sakit kepala. Paling best, dapat makan bubur nasi. Terima kasih Chiq Dina...
Hari ini, masih adalah lagi rasa sakit kepala. Tak tunggu lama, terus makan ubat. Amni pula baru demam. Dah bawa ke klinik, siap kena ambil darah. Suspek denggi tapi alhamdulillah tiada virus denggi cuma kurang darah. Digalakkan makan banyak daging :)
No comments:
Post a Comment