Semalam di tv 9 selepas berakhirnya berita jam 8 malam, ada disiarkan klip video seorang bayi yang akan duduk diam dan senang diberi makan selepas menonton klip video PSY. Jika tidak dipasang, pasti akan meronta ronta. Tetapi selepas bapanya menayangkan klip video tersebut, terus senyap dan makan seperti biasa.
Begitu juga hal di sekolah ini, dari murid tahun 6 sehingga tahun 1 pasti akan menyanyi dan membuat tarian gangnam style. Walaupun mereka berbangsa Cina, tetapi dunia sekarang melampaui batasan sempadan. Tidak kisah apa pun maksudnya dan pasti tidak faham akan lagu yang mereka nyanyikan, namun kerana sedap dan menjadi kegilaan, lagu tersebut dinyanyikan bersama sama.Itulah kesan dari globalisasi. Ada yang membawa kebaikan dan ada juga yang membawa keburukkan jika tidak dikawal.
2 comments:
macam2 yea.. ada aje yang ikut jika mcm ni.. :-(
itulah pentingnya pendidikan agama dan kasih sayang ibu bapa ;)
Post a Comment