wah! best!

Followers

Jom klik

Saturday, September 29, 2012

Menziarahi opah dan pusara Azim

Entah apa sebab, malam semalam balik Ipoh. Tujuan berjumpa mak dan ayah serta menziarahi pusara Azim ..

Alhamdulillah semua dah buat pagi tadi. Hari ini bawa satu keluarga melawat kubur Azim. Sejak Azim tiada, aku dah rajin pergi kubur dan seperti biasa bersedekah Alfatihah kepada semua ahli kubur. Ini semua berkat ilmu dari ustaz Don. Terima kasih...

Elok juga selalu ziarah kubur. Nanti kita akan ingat mati. Tiada apa yang dibawa kecuali iman dan amalan. Harap aku tergolong dalam golongan orang yang mendapat keredhaan Allah.

Terdapat satu lagi kubur sebelah kubur Azim. Makcik cerita, bayi itu meninggal 8 bulan selepas lahir. Tk tahu kenapa dan sebab meninggal.

Hari ini juga dapat jumpa Opah... Siap makan tengah hari lagi. Amni siap tambah 3 kali. Opah masak biasa sahaja tetapi nikmat makanan tak terhingga . SubahanAllah

Andai aku pergi dahulu ...

Harap dimaafkan segala salah dan silap

Dan

Sentiasa doakan aku disana

 

 

Tema kasih

Assalamualaikum

 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...