wah! best!

Followers

Jom klik

Friday, September 14, 2012

G Shock Military Series

Alhamdulillah.... Akhirnya dapat juga saya memiliki jam G Shock yang sebenarnya. Sebelum ini saya minat dan tak kisah tentang status original atau tidak. Sejak dari zaman sekolah lagi saya tahu mengenai jam ini namun semua orang tahu akan harganya yang beratus ratus ringgit. Jangan harap nak dapat jam macam ini .

Dah bekerja pun rasa berat mak beli jam G Shock. Ini semua sebab harganya sehingga abang ipar menjadi stokis jam ini. Pada masa Hari Raya tersebut , abang telah menceritakan serba sedikit mengenai jam ini tetapi tak berapa jelas sehingga minggu lepas semasa kami datang beraya di rumahnya. Maklumlah nak tunggu Zuhur lambat, jadi saya pun bertanyakan tentang jam ini.

Rupa rupanya ada beberapa kategori jam GS ini. Dari biasa sehinggalah profesional . Jam GS ini juga direka untuk sesetengah kategori seperti menyelam, bekerja dengan minyak, bekerja dengan air laut dan pelbagai lagi.

Jika anda ambil untuk profesional, abang memberitahu bahawa jam tersebut digunakan sebagai bola untuk bermain hoki ais. Ah! Bayangkan ketahanan yang dimiliki oleh GS. Boleh jadi bola hoki ais lagi.

Jadi, untuk kali pertama saya ambil model Military Series. Saya suka warnanya dan ini model yang terbaru. Selesa dipakai dan siap bawa tidur lagi. Hahahaha. Kelebihan jam ini, ada nombor seakan akan Military, waktu dunia, stop watch, timer dan warna oren tentera.

Jom lihat kata manufacturer...

Diving watch, Digital quartz movement, Positive (dark-on-light) numbers, 1/100-second digital chronograph measures elapsed time, split time and two finishes, Countdown timer, World time function displays current time in 48 cities (31 time zones) and coordinated universal time, Home time city/world time city swapping, Alarm mode (5 one-time or daily, hourly time signal), 12/24-hour format, Standard/Daylight Saving Time feature, Full Auto-calendar pre-programmed to 2099, LED backlight, Digital day-date-and-month display, Black dial with digital light red display panels/subdials, Ventilated matte black resin strap with two-prong polished gunmetal buckle, Large shock resistant military style matte black resin round case, Textured black resin selector buttons, Stainless steel screw-in caseback, Mineral crystal, 200 meters/660 feet water resistant

Harap lepas ini akan dapat kumpul koleksi tentera dahulu :)

 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...