wah! best!

Followers

Jom klik

Thursday, September 20, 2012

Kerja lebih masa kata Ceupacs

Berita hari ini, dimuka surat 10 dalam Berita Harian mengisahkan kakitangan awam perlu sedia kerja lebih masa jika tuntutan Ceupacs diterima. Antara tuntutan Ceupacs adalah :

  1. Pembayaran baki bonus satu setengah bulan termasuk pesara
  2. Penetapan 35 peratus projek perumahan di kawasan bandar untuk rumah berharga RM 60K hingga RM 100K bagi golongan pendapatan RM 3K ke bawah.
  3. Skim perkhidmatan lebih baik dari SBPA
  4. Menyambung perkhidmatan pekerja kontrak Sekurang kurangnya dengan opsyen KWSP.
  5. Kenaikan Imbuhan tetap perumahan
  6. Mewujudkan Majlis Bersama Jabatan di peringkat persekutuan
Itulah antara tuntutan yang dipohon dan pihak Ceupacs dan pihak Ceupacs meminta penjawat awam untuk bekerja lebih masa iaitu 15 minit sebelum balik dan 15 minit selepas balik.

Itu mungkin bagi sesetengah kakitangan yang balik awal, tetapi bagi saya dah memang kami kerja lebih masa. Jadi perkara itu bukanlah satu kemestian namun ia adalah perkara wajib.

Sejak bekerja di SJKC, masa cuti pun kadang kala perlu datang ke sekolah. Mesyuarat pun pernah dari pukul 3 petang sehingga pukul 6 petang. Tamat waktu sekolah, perlu siapkan bahan untuk esok. Jadi ia adalah perkara rutin bagi saya di SJKC.

Bagi saya sepatutnya semua bahagian pentadbiran perlu begitu untuk mengoptimumkan kualiti perkhidmatan kerana kerja adalah ibadah ;)

 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...