wah! best!

Followers

Jom klik

Friday, September 28, 2012

Cahaya dalam kegelapan

Pagi tadi black out. Namun kerana dah lama tidur, buat tak tahu sahaja. Syukur pula hari hujan. Jadi suasana memang sejuk. Tiba tiba Adib meragam. Peluh katanya. Pujuk sambil tidur. Hehehehe akhirnya jam dah pukul 6.00 pagi. Baru niat nak telefon TNB untuk buat aduan. Kedengaran kereta singgah ke stesen TNB. pusat bekalan TNB di hadapan rumah sahaja. Jadi tak perlu buat laporan dan tunggu sahaja. Selepas Chiq Dina siap bersolat saya dan Adib bersiap untuk mandi dalam kegelapan. Namun dalam kegelapan dan cahaya lilin serta lampu suluh , terdengar Chiq Dina kata keputusan dah keluar.

ah! Tenang..... Saya pinta Chiq Dina cuba melayari internet menggunakan telefon bimbit N82. Selepas selesai mandi, elektrik pun ada. Tetapi keputusan tak dapat nak tengok dalam hp. Jadi Chiq Dina pun buka netbook.

Dalam suasan itu, semua kerja nak kena buat. Adib nak kena mandikan, saya nak kena siapkan diri, Chiq Dina nak kena memasak. Akhirnya jam 6.30 pagi baru dapat tengok.

Alhamdulillah, syukur, Chiq Dina dah dapat keje tetap sebagai pembantu pengurusan murid. Walaupun bersandarkan SPM namun kami bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan.

Tak tahu nak kata apa, InsyaAllah rezeki ini dikongsikan bersama yang berhak. Teringat cerita Islam KTP, manusia ini adalah perantara antara Allah dan manusia. Pasti ada hak untuk orang lain yang akan dapat. Amin

 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...