Apa khabar? Harap semua dalam keadaan sihat dan ceria. Ceria bagi rakyat Malaysia dan bertambah senyum dan syukur kepada kakitangan kerajaan. Hari ini cerita mengenai bajet 2013 tetapi ada cerita sebelum bajet dibentangkan.
Memandangkan saya nyaris nyaris nak berlanggar dengan kereta yang tiba tiba masuk simpang bersama Adib, petang Jumaat saya jumpa dengan abang Salleh untuk membaiki power window regulator pintu belakang. Terima kasih kepada cikgu Osman kerana memperkenalkan Abang Salleh.
Mula mula saya nak DIY sahaja. Nasib baik saya hantar pada pomen. Bukan senang nak buka kerana rangka pintu cuma terdapat ruang sedikit sahaja untuk masukkan tangan dan pembuka skru. Cermin pun tak perlu keluarkan cuma selefon tape sahaja.Lagi satu, terdapat jenis jenis power window regulator . Mula mula dapat yang pendek dari standard, pergi balik ke spare part, baru dapat yang sama panjang dan jenis besi. Yang mula mula itu jenis plastik. Nasib baik harga sama seperti sebelum ini kerana kesilapan dari kedai.
Lagi satu yang best, abang Salleh dah ajar cara bawa kereta manual dengan betul dan dia cadangkan guna sahaja manual kerana kos penyelenggaraan murah. Terima kasih banyak banyak... Semoga murah rezeki Amin.....
No comments:
Post a Comment