wah! best!

Followers

Jom klik

Thursday, September 27, 2012

Power window regulator rosak

Salam semua. Kali ini nak bercerita mengenai masalah kereta persona. Semalam pergi membeli barang dapur. Sebabkan taknak bawa Amni ikut sekali, ibu dan Amni duduk dalam kereta dan saya pun membuka tingkap sedikit. Selepas membeli semua barang, ibu memberitahu bahawa tingkap belakang dah tak boleh nak naikkan.

Alahai, mengapalah ia terjadi pada waktu begini. Alangkah indahnya kalau berlaku sewaktu mendapat bonus. Jadi balik sahaja rumah saya pun dengan berani membuka cover pintu penumpang.

Hasilnya saya dapat melihat kabel window regulator telah putus. Uuuuwwwwaaaaaa.... Terus saya mencari bahan di internet dan dapat tahu harga lebih kurang RM 120.00

Terima kasih juga pada blog akubiomed.com kerana telah berkongsi DIY bagi memasang power window gen 2. Gen 2 dan persona lebih kurang Aje....

Walaubagaimanapun saya akan bertanya dengan abang besar Sin Min untuk mengetahui jumlah sebenar menukar power window regulator tersebut.

 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...