wah! best!

Followers

Jom klik

Wednesday, September 19, 2012

Impianku

'jumpa' di RnR Sungai Buluh

Setiap orang mempunyai impian. Aku juga mempunyai impian. Ia datang selepas aku tingkatan 4. Inilah impian aku untuk berkonvoi dengan motosikal. Sejarah aku meminati motosikal apabila ibu membelikan sebuah motosikal EX5 Honda. Bukan yang baru, tetapi 2nd hand. Dan kerana motor juga aku nyaris nyaris nak 'terpesong' dari landasan sebenar. Namun Alhamdulillah aku masih menjadi manusia yang sebenar. Syukur padaMu Ya Allah.

Selepas SPM aku dapat melanjutkan pelajaran ke UiTM Perlis. Masa itu memang sadis, sebab aku seorang sahaja yang ke utara manakala kawan kampung ramai yang ke KL. Disinilah konvoi pertama yang paling jauh pernah aku lalui. Ibu memang tak pernah bagi pun bawa motor ke sana. Dari Ipoh ke Arau menggunakan keretapi tetapi dari Arau ke Ipoh aku bawa sendiri. Asal balik sahaja, motor aku dah berbunyi macam macam.

Kemudian aku sambung pengajian di UiTM Shah Alam. Dapat sahaja duit PTPTN aku membeli motor RXZ. Inilah motor idaman aku. Aku bersama Farid Yusof selalu berkonvoi berdua apabila balik ke Shah Alam. RXZ ini juga ada kenangan, dan menyebabkan lutut aku ada masalah akibat kemalangan.

LC135 Yamaha pula menjadi impianku selepas itu. Sebelum berkahwin dapat juga aku berkonvoi ke Cameron Highlands dan pertandingan Cub Prix di Taiping. Kali ini memang betul betul konvoi. Ramai dengan kawan kawan yang memang aku baru kenali. Sehingga sekarang motor ini ada bersama aku. Kesian, aku tak jaga sangat, sebab banyak komitmen lain nak dijaga. Hehehehe

Impian seterusnya adalah motor 650 cc ke atas seperti KTM atau Kawasaki. Ini memerlukan lesen B penuh jika tak salah. InsyaAllah, jika diizinkan olehNya, umur 45 aku nak memiliki sebuah motor besar. Aku nak sertai konvoi satu semenanjung. Amin dan inilah impianku dari hari ini..... :)

 

1 comment:

Anonymous said...

Lots of helpful information. I have bookmarked your site.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...