wah! best!

Followers

Jom klik

Wednesday, August 08, 2012

Tips Menu Spegeti untuk berbuka puasa

Hari Sabtu yang lepas, teringin makan spegeti. Elok pula ada spegeti dalam kabinet. Cuma sekarang nak buat sos sahaja. Jom makan spegeti Chiq Dina .

Sekarang tak perlu susah nak buat sos. Banyak sos yang siap dibuat berada di pasaran. Prego, Kimball dan macam macam lagi. Memandangkan sekarang kita ada pilihan yang halal, saya ambil jenama Adabi. Harganya RM 5.90 sahaja.

Cara cara nak buat pun senang. Tuangkan kesemua sos spegeti dalam periuk, kemudian tambahkan ayam yang dicincang. Lupa pula, saya suka sos berperisa cendawan. Lepas itu chiq dina tambahkan sayur jagung dan lobak yang dipotong kecil.Spegeti pula perlu direbus. Setelah lembut, angkat dan letakkan mentega. Baru rasa lemaknya.

Siap dah.... Semudah 1 2 3.... Hehehehe jom lihat gambar....

Saya guna Adabi :)

Spegeti

Tambah ayam baru bertambah selera

kacau jangan tak kacau

Adib pun suka

Amni lagi suka

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...