Alhamdulillah...Setelah sebulan berpuasa akhirnya 1 Syawal menjelma. Awal awal pagi dah bersiap sedia untuk solat Aidilfitri di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar. Memang teruja beraya tahun ini. Tak tahu kenapa.
Tahun ini beraya di Kuala Kangsar. Rumah mak mertua di Kg. Talang. Tempat yang diketahui penduduk Kuala Kangsar iaitu meriam besar. Kalau anda nak tahu, cuba lihat video di youtube.
Memang benar, bermula dari 12.00 tengah malam sehingga 7.30 pagi kedengaran bunyi ' tembakan ' seperti sedang dalam berperang. Namun itulah tradisi penduduk Kg. Talang. Teringat negara yang sedang berperang seperti di Syria dan Palestin. Bagaimanakah keadaan mereka? Saya yang baru dengar meriam besar ini pun kadangkala terkejut, inikan peluru yang betul. Semoga Allah memberi perlindungan kepada mereka.. Amin
Jadi 8.25 pagi saya dan keluarga dah bersiap untuk ke masjid bersama mak. Disebabkan mak kata dah lewat, kami cuma bersolat di masjid berdekatan MCKK. Meriah sungguh. Khutbah hari ini berkenaan dengan perpaduan umat Islam.
Setelah selesai, terus balik rumah. Ikut jalan lain. Tak tahu kenapa. Jam 11 pagi baru bergerak ke rumah saudara mara berdekatan. Makanan wajib tahun ini, lemang. Semua rumah saya akan makan lemang namun rasa seperti sama sahaja. Belum jumpa yang istimewa. Hehehehe tahun depan buat sendiri la.
Mungkin kerana makan lemang banyak sangat, jam 3.00 petang dah tak larat. Anak pula meragam nak tidur. Terus balik rumah dan menunggu kedatangan tetamu. Inilah suasana hari raya pertama saya.
No comments:
Post a Comment