Salam saya mula terjebak dalam dunia blog pada tahun 2010 dan ini adalah satu cara saya berkongsi cerita mengenai saya , keluarga , kerja dan dunia. Seorang guru yang mengajar LINUS tegar
Followers
Jom klik
Tuesday, August 28, 2012
Kek Ultraman Adib
Dari minggu lepas sehinggalah semalam asyik sebut kek ultraman sahaja. Naik runsing gak apabila asyik sebut kek.. Kek dan kek... Jenuh juga nak cari kek Ultraman mengikut citarasa Adib ini. Pandai IT pun kadang kala memberi beban kepada ibu bapa kerana perlu mencari kek seperti dalam internet.
Masalahnya semua kek tersebut berada di Kuala Lumpur dan Selangor. Di Ipoh, tak jumpa kek seperti yang dimintanya. Bayangkan , sekeping gambar Ultraman sahaja tak termasuk kek berharga RM 16.00.
Namun semua masalah selesai apabila berada di Sungai Besar :). Walaupun orang kata Sungai Besar ini luar bandar, namun banyak barang murah dan senang didapati berada disini. Kecuali hari Ahad, Public holiday....hehehehe
Kek saya telah order, harganya pun tak mahal. Hanya RM 40 sahaja. Hari Khamis akan ambil dan bawa balik Ipoh. Sambut harijadinya di rumah moyang Adib. InsyaAllah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
misi berjaya..raksasa berjaya di kalah kan
Post a Comment