Dari minggu lepas aku menunggu menu terbaru dari KFC. Semalam baru dilancarkan ( 9 Ogos 2012) dan memang dah tahu niat ke KFC cuma satu. Saya nak Curry Combo ! Konon nak makan di sana sahaja, tapi ramai orang pula. Tak sangka dan nasib baik saya datang jam 7 malam. Kalau lewat pasti saya kena beratur panjang. Memang jenuh pekerja KFC di bulan Ramadan.
Jadi kami berbuka di rumah bersama KFC Curry Combo . Memang sedap dan pedas. Memang terasa seperti makan Thailand. Kacang peas dan kuah kari hijau menyelerakan.
Saya ambil ayam pedas. Memang terasa lagi pedas. Jika anda kaki makan pedas, jangan lupa tambah lagi sos kari ek. Harga RM 1.80... Dan sekarang boleh tukar ke air teh limau secara percuma.Oh ya, harga satu set RM 10.60 ... Boleh la sekali sebulan nak merasa :)
Adib dan Amni suka kentang putar
No comments:
Post a Comment