Semalam mengelabah saya dibuat apabila terdengar sekali lagi dentuman motosikal. Bukan kerana apa, teringat pada Adib yang menziarah rumah makcik sebelah. Adib suka suka sahaja terus ke rumah makcik kerana ibunya berada di sana.
Selepas keluar, saya lihat dua orang perempuan dan seorang pakcik terbaring atas jalan. Sama seperti di tempat yang saya alami . Pakcik itu memang terbaring dan tak bergerak. Selepas beberapa minit baru pakcik dan perempuan itu bangun. Habis muka perempuan tersebut. Saya jamin pasti bergesel di atas jalan raya.Nasib baik waktu tersebut banyak kenderaan yang melalui dan sebuah van membawa kesemua mereka ke hospital.Jadi kesimpulan simpang masuk ke rumah saya memang merbahaya. Jalan penuh dengan pasir. Jangan lupa pakai topi keledar...
No comments:
Post a Comment