12.30 tengah malam, baru kawan sampai. Terus pergi ke hospital sebab abang Ein ingin melawat pakcik yang sakit. Jam 1.30 pagi baru kami gerak untuk cari makan. Kami pergi ke Merdeka Garden untuk pekena mee kicap. Namun hajat terbantut kerana ramai betul orang dan tiada tempat duduk. Uhuhuh. Melepas aku....
Jadi aku pun ikut abang Ein kemana yang hendak dibawanya... Ah nasi vanggey.. Salah satu jenis menu yang menjadi idaman. Walaupun dah jam 2 pagi, orang masih ramai juga. Ingat nak makan biasa sahaja, tapi terima aku tengok semua meja makan nasi vanggey. Walaupun aku tahu waktu bersahur dah dekat, tapi naluri hendak juga makan nasi vanggey.Apa yang ada dalam nasi vanggey? Seketul ayam, telur masin dan kuah campur. Itu sahaja. Tapi nikmat makan , MasyaAllah! Sedapnya. Pasti resipi istimewa ada pada kuahnya. Seorang lagi kawan, Bad, siap bungkus lagi.
Terima kasih pada Bad, sebab belanja makan pagi itu. Lain kali kita pekena lagi. Nanti ada masa saya akan ambil gambar sekali.
No comments:
Post a Comment