wah! best!

Followers

Jom klik

Tuesday, August 07, 2012

Adib trauma ke masjid

Adib memang suka kalau berjalan. Lagi lagi jika ke Masjid Makmuriah. Minggu ini aku bercadang nak solat di surau sahaja. Tapi Adib nak juga ke masjid. Jadi masa kami sampai dah tinggal satu rakaat lagi. Adib duduk sebelah. Namun semua berubah selepas ada seorang pakcik datang sebelahnya.

Pakcik itu alihkan Adib ke belakang dan terus solat sebelah aku. Adib cuba beberapa kali nak solat sebelah aku tapi pakcik itu tahan dan suruh Adib duduk belakang.

Masa itu aku dah susah hati. Solat pun tak khusyuk. Lepas solat, terus aku lihat Adib... Matanya berair. Terus aku pujuk, dan solat sunat bersama samanya

Selepas solat Adib pujuk nak balik.Hehehehe nasib masa nak balik, dah nak solat terawih. Aku pujuk dan Adib duduk sebelah.

Masa on the way nak balik, aku kata nak ke pergi masjid esok? Adib kata tak nak, nak pergi surau.... :)

 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...