wah! best!

Followers

Jom klik

Friday, August 31, 2012

Selamat menyambut Hari Merdeka ke 55

Merdeka! Merdeka! Merdeka! Syukur dan Tahniah Malaysia kerana telah berjaya mengekalkan kemerdekaan sehingga ke 55 tahun. Sebagai rakyat Malaysia kita seharusnya bangga dan bersyukur dengan nikmat yang telah diberINya. Tidak perlulah kita berperang sesama sendiri kerana perkara kecil.

Lihatlah apa yang terjadi di Syria, Mesir, Iraq dan negara-negara Islam yang lain. Sedih apabila melihat setiap hari ada berlaku peperangan sesama umat. Tidakkah itu merugikan diri sendiri? Yang paling seronok pastinya orang yang ingin melihat kejatuhan negara-negara Islam .

Harapan saya adalah agar kita dapat mengekalkan kesejahteraan dan kedamaian seperti mana sekarang agar anak cucu kita dapat menikmati kesenangan dan kemewahan ciptaan Allah s.w.t. Janganlah kita berfikir untuk sekarang, tetapi fikirkan untuk akan datang.

Jika ada perbalahan atau ketidakpuasan harap dapat diselesaikan secara bermusyawarah. Tiada perkara yang mustahil dan saya pasti sesuatu keputusan bukan untuk kita sahaja tetapi untuk anak cucu kita. Berdoalah agar semua umat Islam di dunia mendapat kerahmatan dan keredhaan dariNya. Amin

From Mr. google

Nak tahu tema Hari Kemerdekaan klik disini

 

Tuesday, August 28, 2012

Kek Ultraman Adib

 

Dari minggu lepas sehinggalah semalam asyik sebut kek ultraman sahaja. Naik runsing gak apabila asyik sebut kek.. Kek dan kek... Jenuh juga nak cari kek Ultraman mengikut citarasa Adib ini. Pandai IT pun kadang kala memberi beban kepada ibu bapa kerana perlu mencari kek seperti dalam internet.

Monday, August 27, 2012

Pertandingan mengeja dan membaca LINUS 2012

Hari ini bermula pertandingan mengeja dan membaca bagi murid Tahun 1 dan 2 LINUS sekolah saya. Baru buka sekolah selepas cuti, terus ada pertandingan. Akibatnya, persiapan untuk pertandingan ala kadar sahaja. Harap ini akan memberi motivasi kepada murid untuk lebih berusaha agar berjaya dalam Bahasa Malaysia. Jom lihat aksi mereka

Sunday, August 26, 2012

Kerja last minute lagi

Hari ini kena bersiap sedia untuk balik ke Sungai Besar. Hari ini juga baru nak siapkan semua kerja yang belum disiapkan. Biasalah kerja laut minute. ;)

Semalam tak dapat nak menjamu selera sate kerana disebabkan last minute. Banyak perkara yang perlu dikemaskan. Bad mengajak makan sate endut. Kerol nak belanja katanya. Melepas juga. Tak mengapa lain kali kita set lagi.

Pagi ini nak beli barang dapur dan juga menjelaskan bil. Harap semua tugasan dipermudahkan .... Amin

 

Saturday, August 25, 2012

Sakitnya gout

Sumber: mr. Google

Kesian aku tengok Abang Salim yang menghidap penyakit gout. Duduk sahaja. Nak bergerak pun dah nampak abang Salim menahan sakit. Doa agar beliau cepat sembuh. Amin. Kurang tahu ke apa itu gout?

Seminggu cuti raya 2012

Cepat benar masa berlalu. Hari ini dah hari Jumaat. Cuti tinggal lagi 2 hari sahaja. Rasa tak puas pula bercuti raya kali ini. Hari raya adalah hari untuk bergembira? Kali ini memang menziarahi semua saudara mara. Sebelum ini saya memang tak suka berjalan beraya. Namun sejak kehilangan anak ketiga, hati saya telah terbuka untuk pergi menziarahi saudara mara. Kenapa?

Gelagat Adib dan Amni menonton kartun Les Copaque

Sebelum itu saya ingin mengucapkan tahniah kepada Les Copaque kerana berjaya mencetuskan idea dan inovasi dalam menghasilkan cerita yang kartun bercirikan Malaysia. Adib dan Amni memang suka cerita Upin dan Ipin dan juga Pada Zaman Dahulu.

Wednesday, August 22, 2012

Assalamualaikum Ayla Nabiha

 

Ini adalah anak buah yang pertama saya. Lahir pada bulan puasa 1 Ogos 2012 dan disini saya ucapkan Assalamualaikum Ayla! Semoga menjadi anak yang solehah... Amin

Apabila melihat gambar masa baru lahir, mukanya sama seperti Adib. Namun apabila hampir sebulan, wajahnya seakan ibunya. Itulah keindahan ciptaan Allah. SubhanaAllah...

 

Profesor klon Amni

 

Nak kata kebetulan pun susah. Dah mungkin keturunan kot. Amni dengan makcik ya seperti lebih kurang sama sahaja. Masa Amni nak lahir dah terfikir begitu kerana tempat lahir mereka sama iaitu di Hospital Pakar Ipoh. Hehehehe mungkin doa itu dimakbulkan kot.

From Taiping with love, hari raya kedua

 

Hari raya kedua, kami pergi ke rumah saudara di sebelah Taiping. Itu pun kami gerak lewat. Seperti biasa, rumah Pak Long dan rumah makcik La.... Menu Utama , lemang memang ada.

Suasana di Pagi Raya 2012

Alhamdulillah...Setelah sebulan berpuasa akhirnya 1 Syawal menjelma. Awal awal pagi dah bersiap sedia untuk solat Aidilfitri di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar. Memang teruja beraya tahun ini. Tak tahu kenapa.

Nasi vanggey dan mee kari kicap

Dua menu ini memang menjadi idaman dari awal Ramadan lagi. Nak ajak family makan seperti tidak sesuai. Al maklumlah bukan semua orang minat. Jadi di kesempatan penghujung Ramadan, saya memang berada di Ipoh, tergerak mengajak kawan untuk makan mee kicap. Tak kisah dimana, asalkan dapat mee kicap.

Sunday, August 19, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Saya dengan ini ingin mengucapkan

Selamat Hari Raya Aidilfitri

1433 Hijrah

Copy from google

Ampun maaf dipinta andai ada salah dan silap

Moga lembaran kali ini meriah

bersama keluarga dan orang tersayang

Dan semoga Allah memberi kita

Petunjuk dan hidayah

Untuk lebih dekat kepadaNya

Amin

 

Saturday, August 18, 2012

Amalan di Hari Raya

Sumber ini saya baca dari blog Zaharuddin.net dan saya ingin berkongsi dengan anda semua. Harap dapat manfaat dariNya. Ini adalah sebahagian , jika anda ingin lebih lanjut, sila klik disini

Amalan yang digalakkan semasa Hari Raya:

1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat idil fitri .

Ulama besar Tabien Said Bin Jubayr berkata : "Tiga perkara sunnah di hari raya iaitu antaranya : mandi sunat sebelum keluar solat hari raya".

2) Menjamah makanan sebelum keluar.

Ia berdasarkan hadith dari Anas Bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang menyebut : "Nabi SAW tidak keluar di pagi hari raya idil fitri sehinggalah Nabi SAW menjamah beberapa biji kurma..."

3) Memperbanyakkan Takbir dan bukan memperbanyakkan menonton TV dan bermain mercun ;

Seharusnya umat Islam jangan terlalu di sibukkan dengan aktiviti persiapan raya sehingga meninggalkan peluang takbir ini. Ini adalah penting bagi syiar Islam selain kalimah Takbir yang dibenci oleh Syaitan. Ad-Dar Qutni melaporkan bahawa apabila Ibn Umar r.a keluar di hari raya Idul Fitri, beliau akan berterusan bertakbir sehinggalah imam keluar untuk mengimamkan solat hari raya.

4) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain ;

Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Bagaimanapun, kalimah yang digunakan di zaman baginda SAW adalah "Taqabbalallahu minna wa minkum" ertinya : Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu".

Disebut dalam sebuah riwayat :

قال واثلة لقيت رسول الله يوم عيد فقلت تقبل الله منا ومنك قال نعم تقبل الله منا ومنك

Ertinya : Berkata Wathilah, Aku bertemu Rasulullah s.a.w pada hari raya dan aku katakan pada baginda "taqabballahu minna wa minka", baginda menjawab : Ya, taqabbalallahu minna wa minka" ( Al-Baihaqi, rujuk perbincangan di Fath Al-Bari, 2/446 )

5) Memakai pakaian terbaik yang ada ;

Walaupun demikian, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan.

Tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang di haramkan di dalam Islam).

6) Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi) ;

Ia berdasarkan hadith dari Jabir r.a yang menyebut bahawa Nabi SAW biasanya menukar atau berbeza jalan pergi dan pulang apabila di hari raya" (Riwayat Al-Bukhari)

7) Berziarah dan merapatkan hubungan baik (ukhuwwah) sesama Muslim sempena musim cuti yang diperolehi.

Nabi pernah bersabda :

مَن سَرّه أن يُبسط له في رزقه ، وأن يُنسأ له في أثره ؛ فَلْيَصِل رَحِمَه

Ertinya : Barangsiapa yang suka untuk diperluaskan baginya rezekinya, dan ditangguhkan (dipanjang) umurnya, maka hendaklah dia menyambung (mengukuh) hubungan persaudaraannya ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim)



RINGKASAN KESILAPAN DI HARI RAYA

Dalam pada masa yang sama, secara amat ringkas saya sertakan beberapa kesilapan kesilapan kerap di musim perayaan :-

1) Sentuhan ; Berjabat tangan di antara lelaki dan wanita secara meluas ketika berziarah rumah jiran dan rakan. Walaupun terdapat perbezaan pendapat para ulama dalam bab ini. Ia lebih baik dijauhi terutama apabila melibatkan pemuda dan pemudi.

2) Aurat & Ipar ; Ipar duai yang tidak menjaga aurat di antara satu sama lain ketika berada di dalam rumah. Seperti adik ipar perempuan tidak menutup aurat di rumah sedangkan abang iparnya berada di rumah. Termasuk juga, tidur secara terbuka di ruang tamu tanpa menutup aurat, sehingga membolehkan abang ipar atau adik ipar lelaki melihat aurat yang terdedah.

3) Wangian Wanita ; Kaum wanita memakai wangian dan solekan ala artis di musim perayaan lalu keluar dari rumah mendedahkan diri mereka kepada lelaki bukan mahram.

4) Pakaian Wanita ; Pakaian yang mendedahkan susuk tubuh dengan sempit dan nipisnya lalu bertandang ke khalayak ramai.

5) Kubur ; Berkumpul beramai-ramai di kubur hingga duduk di atas kubur orang lain dengan alasan untuk membaca Yasin yang agak panjang dan meletihkan jika berdiri. Larangan ini disebut jelas di dalam mazhab Syafie sebagai dihurai oleh Imam Khatib As-Syarbini, malah bersandar kepadanya juga dilarang ( Mughni Al-Muhtaj, 1/354 ; Minhaj at-Tolibin)

6) Meninggalkan solat ; kerana terlalu sibuk beraya di sana sini.

7) Dosa Bertempoh ; Kembali melakukan dosa yang ditinggalkan di bulan Ramadhan. Malah memang sebahagiannya diniatkan untuk disambung selepas Ramadhan. Sebagai contoh, ada yang menangguhkan pergaduhan di Ramadhan, maka syawal bolehlah bergaduh kembali. Syawal dijadikan tempat lambakan maksiat berdating, bersyahwat melalui telefon dan 'chat', berjalan jauh berdua-duaan dengan teman wanita dan lain-lain. Hancurlah seluruh kebaikan yang baru hendak sebati dengan hati, sudah dibuangnya jauh-jauh.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...