Asal waktu jam pukul 7 malam Adib suka menjerit jerit dan menangis tak tentu pasal. Bukan kes besar, cuma apabila tidak memenuhi permintaannya sahaja dah buat perangai.
Amni walaupun kadangkala meragam, tapi dari aksi gayanya memang suka kenakan orang. Dah marah macam mana pun , menangis sekejap sahaja. Memang brutal betul.Tadi kami semua pergi masjid menunaikan terawih. Dari luar saya lihat gelagat Amni sama seperti budak nakal. Dah berani tengok luar sorang sorang dan waktu solat boleh Amni main tongkat yang diletakkan di pintu. Itu kata mak nya ek...
Adib pula solat dah ikut cara betul, tetapi hari ini banyak sangat main ya. Dalam solat pun boleh disebut Ultraman. Selagi tak memenuhi hajat untuk membeli baju Ultraman, selagi itu perkataan tersebut akan keluar dari mulutnya. Ala.... Anak bapak.... :)
No comments:
Post a Comment