wah! best!

Followers

Jom klik

Tuesday, July 10, 2012

Jalan jalan kenduri Kak Yong

Sabtu yang lepas, kami semua pergi ke kenduri Kak Yong. Sepupu saya. Plan dah lama tapi saat akhir ada program LADAP di sekolah. Terima kasih kepada Guru Besar sebab memberi pelepasan pada saya. GB saya memang prihatin. Kami bergerak dari Sungai Besar jam 8 pagi dan terus ke Jejantas Sungai Buluh. Kami tunggu pakcik Hamid dan Pakcik Usop di situ. 

 

Jam 10.30 pagi baru pakcik Hamid dan pakcik Usop sampai dari Perak. Setelah mereka berehat 10 minit terus kami ke Ampang menggunakan Lebuhraya Duke. Kami sampai jam 12.30 tengah hari. Jalan sesak dan nyaris saya nak langgar bontot van. Kami singgah di rumah pakcik saudara, pakcik Arip. Di sini saya dapat satu perkara baru dan saya nak memilikinya.

Humdifier atau purifier... Saya tak pasti tapi ia membuat rumah rasa segar dan nyaman. Seperti berada di kawasan bukit. Ingatkan saya seorang je yang perasan, Chiq Dina pun begitu.

Orang kata, kalau orang KL pasti tahu jalan pintas, jalan ini terus ke dewan dan tak perlu jalan sesak yang kami lalui. Sampai di dewan, ada beberapa saudara yang telah tunggu disitu. Jam 1.30 petang kami berarak bersama sama pengantin masuk ke dewan untuk santapan bersama Raja Sehari ;)

 

Jam 3 petang, kami beransur pulang mengikut destinasi masing masing. Saya dah tak ada tempat lain, terus ke pergi The Curve. Di situ semua ada termasuk Ikea dan nak balik Sungai Besar pun senang. Apa lagi benda pertama yang kami cari Humdifier atau purifier. Harga paling murah RM 500 jenama Panasonic. Tapi itu sesuai untuk bilik sahaja. Bagi ruang tamu harga lebih kurang RM 1K ke atas. Tak mengapa tahun depan saya beli ..hehehehe

Jadi sehari suntuk berjalan, jam 10.30 malam baru sampai Sungai Besar. Penat juga berjalan jalan. Dah la bawa kereta manual. 2 hari tangan kiri kebas.. Jadi akhir kata dari saya Selamat Pengantin Baru kepada Kak Yong..... :) semoga berbahagia selama lamanya.

Pakcik Arip... Sepupu ayah




Jalan jalan ke Ikea

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...