wah! best!

Followers

Jom klik

Wednesday, July 11, 2012

Kurikulum atau kokurikulum ? Jom senamrobik!

Entri kali ini tercetus selepas melihat murid melakukan senamrobik pagi tadi. Bulan Julai adalah bulan kecergasan. Saya dimaklumkan bahawa seluruh Sekolah di Malaysia mengadakan senamrobik tersebut.

Tugasan saya kali ini adalah sebagai fotografi. Dari pendaftaran sehingga penutup, saya mengambil gambar Guru Besar, GPK, guru guru dan murid murid. Seronok melihat gelagat mereka bersenam. Instruktor kami adalah rakaman video 1murid 1 sukan dari Kementerian Pelajaran.

Mula mula memang susah tapi lama kelamaan murid dapat juga mengikut rentak. Namun dalam ramai murid saya melihat seorang murid yang tidak menyertai senamrobik tersebut.

Murid tersebut merupakan salah seorang anak guru sekolah. Memang seorang yang cemerlang dari segi akademik. Tuisyen selepas sekolah sehingga petang dan waktu cuti pasti ibu bapanya sediakan. Pernah juga mewakili negara ke peringkat Asia. Hebat bukan? Tapi kenapa akademik sahaja?

Jadi apa pendapat anda?

Bagi saya zaman kanak kanak sekarang mesti seimbang antara kurikulum dan kokurikulum kerana zaman globalisasi memerlukan kemahiran dan ilmu untuk maju dan berdaya saing. Ini akan membentuk minda kelas pertama dan bersikap inovatif dan kreatif. Ibu bapa tidak boleh memaksa murid untuk terus cemerlang dalam pendidikan sehingga mengabaikan zaman kanak kanak mereka. Ini pendapat saya sahaja .. Jika anda hendak memberi cadangan atau pendapat sila silakan komen dibawah.

 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...