wah! best!

Followers

Jom klik

Friday, July 20, 2012

Biar tiada elektrik jangan tiada Air! SYABAS

Pagi tadi Chiq Dina bagi tahu air tak ada. Masa itu jam baru pukul 4 pagi. Tak apa la, mungkin subuh nanti ada. Tapi sehingga jam 6.30 pagi air masih juga tak ada! Kenapa tak bagi tahu awal awal?

Sudahlah rumah saya ini rumah kos rendah, tiada takungan air diatas rumah seperti rumah orang lain. Semua paip adalah terus dari sumber utama. dalam kepala teringat kes catuan air. Alamak! Sungai Besar pun kena ke?

 

Nak jadi cerita, malam semalam tak ada pun letak air dalam kolah kecil dan bekas simpanan air. Jadi air memang rasa untuk pagi sahaja. Mandi pun biasa sahaja . Sekadar merata pada seluruh badan.

Jam 7 pagi saya pun menelefon SYABAS . Alhamdulillah , pegawai memaklumkan bahawa terdapat kerosakan paip besar di jalan Utama sejak tengah malam semalam dan air akan ada semula jam 8 pagi nanti.

Entri kali ini saya nak cerita mutu perkhidmatan SYABAS memang terbaik! Tahniah! Seperti yang dijanjikan jam 8 pagi air telah ada semula dan pihak SYABAS menelefon semula saya untuk mengetahui status air di rumah saya. Terima kasih

Jika anda ada sebarang aduan atau persoalan sila telefon 1800885252 ... Hanya untuk negeri Selangor sahaja :)

 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...