wah! best!

Followers

Jom klik

Thursday, July 26, 2012

Baba dah dapat gaji ke?

Balik dari sekolah, terus Adib tanya baba, dah dapat gaji ke? Tersenyum aku di buatnya. Belum masuk rumah dah ditanya begitu.

Dalam rumah terus tanya ibunya, dan ibu kata dari dalam kereta dah ditanya. Kenapa? Sebab dah janji nak beli baju Ultraman Mebius.

Janji tetap janji. Jadi aku pun bagi tahu petang nanti baru kita pergi. Petang nanti nak kena pergi ke sekolah sebab nak siapkan sudut Hari Raya di sekolah.

Balik sekolah dengar suara menangis. Adib yang menangis. Tak tahu apa sebab, aku cuba memujuk. Selepas mandikan Adib, kerana kipas angin dipasang terus Adib menangis lagi. Ehmmm kali ini tak sabar. Dari aku terus marah, aku biarkan dia menangis sampai ke petang.

Tak bawa dia pergi ke pasar Ramadan. Aku pergi sendiri sahaja. Terus balik selepas selesai dan Adib masih terus menangis. Aku buat tak tahu sahaja. Bulan puasa tak boleh marahkan.

Jam 7 malam, Adib cuba memujuk aku. Buat baik sahaja dengan aku dan ibu serta adiknya. Ini taktik nak baju Ultraman la ni. InsyaAllah, jika Adib berkelakuan baik, malam nanti aku bawa belikan baju...

 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...