wah! best!

Followers

Jom klik

Tuesday, July 10, 2012

Main hujan dengan Adib

Hari ini paling seronok sebab lama dah tak mandi hujan. Memang dah tahu nak hujan itu yang ajak Adib naik motor untuk bank in duit di CIMB. Sebaik sampai dah hujan renyai renyai.

Elok selesai sahaja urusan, di luar dah terus hujan lebat. Hujan rahmat. Kami tak terus balik, bagi hujan reda baru balik. Kesian Adib sebab kena tunggu di bank sebelum boleh balik. Sampai sahaja di rumah, lenjun baju Adib sebab dia duduk di hadapan. Hehehehe. Pengalaman yang tak boleh dibeli.

Sekarang pun nak main hujan tak macam dulu. Teringat masa dahulu main hujan kat rumah Opah Tasek. Siap berdiri di hujung zink kerana di situ air laju dan banyak. Jadi ini saya bagi pengalaman pada Adib untuk merasai sendiri cuma beza bertopi keledar.

Sampai rumah Amni dah menjerit jerit . Terus dia ambil helmet dan naik motor. Tak apa, bagi dia duduk atas motor dahulu. Nanti kakak dah besar baba bawa kakak pula ek. ;)

 

 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...