wah! best!

Followers

Jom klik

Friday, July 20, 2012

Berhati hati ditempat parking

Semalam terbaca dalam suratkhabar utama kes seorang peniaga cedera dipukul oleh perompak di tempat parkir di 1 Utama. Mula mula baca saya tak rasa apa apa tetapi selepas itu baru teringat yang saya baru sahaja pergi ke 1 Utama pada hari Jumaat lepas semata mata untuk menonton Ice Age 4.




Memang saya akui, kawasan parkir 1 Utama memang sunyi dan jauh dari orang ramai. Masa saya parkir di B1 pun saya parkir dekat dengan lif. Siap masuk lif angkat barang lagi. hehehe habis bau busuk masuk dalam hidungku.....

Jadi tidak hairan jika perkara tersebut berlaku. Dalam suratkhabar memaklumkan setiap tingkat parkir dijaga oleh 4 orang 'security guard'. Agak agak anda orang Malaysia ke atau warga asing? Saya pun tak pasti sebab tak ada pula nampak rondaan semasa saya parkir.

Oleh itu nasihat saya pastikan anda memerhati sekeliling dan jika terasa ragu ragu lebih baik anda mencari tempat yang selamat. Disamping itu jangan lupa, parkir ditempat yang terang dan menjadi laluan orang ramai.

sila klik link ini untuk membaca kisah peniaga tersebut.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...