Salam semua umat Islam. Selamat bersahur. Entri pagi ini selepas bersahur. Harap semua kawan kawan bersahur. Apa cerita ek? Jom kita baca apa itu bersahur....
Salam saya mula terjebak dalam dunia blog pada tahun 2010 dan ini adalah satu cara saya berkongsi cerita mengenai saya , keluarga , kerja dan dunia. Seorang guru yang mengajar LINUS tegar
Followers
Jom klik
Sunday, July 29, 2012
Friday, July 27, 2012
Nak bekas pensel Ultraman Tiga macam Iman
Ehmmmmmm entri kali ini sambungan dari cerita semalam. Kalau anda nak tahu klik disini. Jadi lepas habis tuisyen , terus balik rumah dan buat perkara wajib dahulu (solat) dan lepas itu baru bawa keluarga keluar untuk mencari baju Ultraman Mebius. Namun kecewa jua akhirnya. Kedai yang dimaksudkan Adib tidak ada menjual Baju tersebut.
Thursday, July 26, 2012
Baba dah dapat gaji ke?
Balik dari sekolah, terus Adib tanya baba, dah dapat gaji ke? Tersenyum aku di buatnya. Belum masuk rumah dah ditanya begitu.
Dalam rumah terus tanya ibunya, dan ibu kata dari dalam kereta dah ditanya. Kenapa? Sebab dah janji nak beli baju Ultraman Mebius.
Dalam rumah terus tanya ibunya, dan ibu kata dari dalam kereta dah ditanya. Kenapa? Sebab dah janji nak beli baju Ultraman Mebius.
Wednesday, July 25, 2012
Tidur lena Adib dan Amni
Sejak bulan Ramadan, saya perasan Adib dan Amni tidur awal dan tidak meragam di tengah malam. Syukur. Semua berjalan dengan lancar cuma waktu berbuka sahaja yang kurang menenangkan.
Tuesday, July 24, 2012
Nak iPad nak iPad dari Amni
Tiap tiap hari Adib dan Amni akan bermain iPad. Tak pernah pun satu hari tak bermain iPad. Adib berusia 4 tahun, Amni baru sahaja 2 tahun.
Adib boleh lagi saya berikan sebab mulai minggu lepas, dia telah bersekolah. Yang menjadi persoalan, Amni. Itu lah ayat yang selalu dia sebut...." nak iPad nak iPad".....
Adib boleh lagi saya berikan sebab mulai minggu lepas, dia telah bersekolah. Yang menjadi persoalan, Amni. Itu lah ayat yang selalu dia sebut...." nak iPad nak iPad".....
Monday, July 23, 2012
Samosa oh Samosa
Hari puasa pertama tak semeriah mana. Plan nak balik kampung pun tak jadi. Alhamdulillah Opah dah bertambah sihat. Jadi puasa pertama aku di rumah sahaja. Tak pergi pun pasar Ramadan,nanti membazir aka... Jimat belanja :)
Sakit kepala lagi
Orang pesan, jangan tidur lebih, nanti sakit kepala. Saya dah tahu tapi sebab mengantuk , tidur juga. Lepas itu berlebihan pula. Kesannya sakit kepala, sehingga ke belakang. Sebelum berbuka semua boleh dikawal. Lepas berbuka, makan ubat dan terus baring...
Penutupan Majlis Minggu Anti Dadah
Pada minggu lepas, Program anti Dadah terluah berjalan dengan lancar.
Tugas saya menyampaikan sajak bersama Cikgu Mastora. Sajak itu saya ambil dari laman blog . Terima kasih kepada penulis tersebut.
Antara acara yang diadakan, sajak dari murid, kuiz anti dadah, dan pertandingan mewarna.
Sunday, July 22, 2012
Salam Ramadhan 1433H
Dengan ini saya mengucapkan
Salam Ramadan
dan
Selamat menunaikan ibadah
Semoga segala usaha dan amalan kita diberkatiNYA...Amin
Friday, July 20, 2012
Semoga opah cepat sembuh
Baru tadi dapat call dari ayah memaklumkan bahawa opah saya sakit tenat. Baru baru ini opah saya jatuh dalam bilik air dan tidak boleh bergerak. Umur opah lebih kurang 80 lebih. Jadi jika terjatuh pasti akan memberi kesan yang lama.
Hari Rabu lepas dengar cerita opah sakit dan tak lalu makan, semalam mak telefon kata opah dah sihat. Jadi saya pun cancel nak balik Kuala Kangsar. Tup tup petang tadi ayah telefon kata opah sakit balik. Jadi rancangan untuk balik esok diteruskan. Esok pagi ada LADAP pula. Kalau tidak hari ini pasti saya balik.
Harapan agar opah Zainun akan bertambah sihat dan dapat menunaikan rukun Islam ketiga iaitu Berpuasa dan seterusnya dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri 1433H. Amin

Ikea sales sehingga 22 Julai 2012
Untuk makluman semua peminat barangan Ikea, sekarang sedang diadakan jualan murah di Ikea. Memandangkan sekarang masih dalam bayaran ansuran terpaksa menahan diri dari membeli di Ikea. Jualan tersebut sehingga 22 Julai 2012. Jika anda Ikea Family, pasti anda akan teruja.
Berhati hati ditempat parking
Semalam terbaca dalam suratkhabar utama kes seorang peniaga cedera dipukul oleh perompak di tempat parkir di 1 Utama. Mula mula baca saya tak rasa apa apa tetapi selepas itu baru teringat yang saya baru sahaja pergi ke 1 Utama pada hari Jumaat lepas semata mata untuk menonton Ice Age 4.
Biar tiada elektrik jangan tiada Air! SYABAS
Pagi tadi Chiq Dina bagi tahu air tak ada. Masa itu jam baru pukul 4 pagi. Tak apa la, mungkin subuh nanti ada. Tapi sehingga jam 6.30 pagi air masih juga tak ada! Kenapa tak bagi tahu awal awal?
Sudahlah rumah saya ini rumah kos rendah, tiada takungan air diatas rumah seperti rumah orang lain. Semua paip adalah terus dari sumber utama. dalam kepala teringat kes catuan air. Alamak! Sungai Besar pun kena ke?

Wednesday, July 18, 2012
Layang layang Angry Bird
Masa di 1 Utama Adib terlihat layang layang AngryBird yang besar! Harganya RM 50 sahaja.... Hehehehe saya tak beli, karang baru main sekejap dah koyak.
Tuesday, July 17, 2012
Ice Age 4 Continental Drift memang best!
Minggu lepas kami pergi ke KL untuk mengambil hadiah yang dimenangi dalam peraduan BH. Ia adalah set pinggan mangkuk jenama Corelle. macam biasa apabila dah sampai KL pasti sesat. Sampai ke tol Mount Kiara batu saya guna gps telefon.
100 tahun bersama Nestle dengan maggi
Salam semua. Anda ada kenangan dengan Nestle? Kalau ada koleksi gambar lama lama dengan produk Nestle cubalah berkongsi dengan orang ramai dalam laman web Nestle. Mana tahu rezeki anda akan menang hadiah dari Nestle
Nasi Ambeng Warung Ibu
Nasi Ambeng
Nasi Ambeng amat popular bagi masyarakat Jawa. Saya pun baru mengenali nasi Ambeng pada tahun 2010. Sejak mengajar di Sungai Besar :).Anda pernah menonton Jalan Jalan Cari Makan? Masa itu Serina anak Chef Wan menjadi pengacara. Beliau pernah datang dan buat rakaman di gerai Warung Ibu, Tanjung Karang.
Roti baru dari Gardenia
Hari ini baru perasan ada roti baru dari Gardenia. Adakah ini petanda bahawa roti ini akan berubah wajah?
Adib dah pergi sekolah?
Petang semalam Adib kena marah sebab asyik minta macam macam tapi masih tak pergi sekolah. Entah macam mana petang itu memang kena brain wash habis habisan . Saya siap dah nak mengamuk!
Wednesday, July 11, 2012
Kurikulum atau kokurikulum ? Jom senamrobik!
Entri kali ini tercetus selepas melihat murid melakukan senamrobik pagi tadi. Bulan Julai adalah bulan kecergasan. Saya dimaklumkan bahawa seluruh Sekolah di Malaysia mengadakan senamrobik tersebut.
Tugasan saya kali ini adalah sebagai fotografi. Dari pendaftaran sehingga penutup, saya mengambil gambar Guru Besar, GPK, guru guru dan murid murid. Seronok melihat gelagat mereka bersenam. Instruktor kami adalah rakaman video 1murid 1 sukan dari Kementerian Pelajaran.
Mula mula memang susah tapi lama kelamaan murid dapat juga mengikut rentak. Namun dalam ramai murid saya melihat seorang murid yang tidak menyertai senamrobik tersebut.
Murid tersebut merupakan salah seorang anak guru sekolah. Memang seorang yang cemerlang dari segi akademik. Tuisyen selepas sekolah sehingga petang dan waktu cuti pasti ibu bapanya sediakan. Pernah juga mewakili negara ke peringkat Asia. Hebat bukan? Tapi kenapa akademik sahaja?
Jadi apa pendapat anda?
Bagi saya zaman kanak kanak sekarang mesti seimbang antara kurikulum dan kokurikulum kerana zaman globalisasi memerlukan kemahiran dan ilmu untuk maju dan berdaya saing. Ini akan membentuk minda kelas pertama dan bersikap inovatif dan kreatif. Ibu bapa tidak boleh memaksa murid untuk terus cemerlang dalam pendidikan sehingga mengabaikan zaman kanak kanak mereka. Ini pendapat saya sahaja .. Jika anda hendak memberi cadangan atau pendapat sila silakan komen dibawah.

Tuesday, July 10, 2012
Jalan jalan kenduri Kak Yong
Sabtu yang lepas, kami semua pergi ke kenduri Kak Yong. Sepupu saya. Plan dah lama tapi saat akhir ada program LADAP di sekolah. Terima kasih kepada Guru Besar sebab memberi pelepasan pada saya. GB saya memang prihatin. Kami bergerak dari Sungai Besar jam 8 pagi dan terus ke Jejantas Sungai Buluh. Kami tunggu pakcik Hamid dan Pakcik Usop di situ.
Main hujan dengan Adib
Hari ini paling seronok sebab lama dah tak mandi hujan. Memang dah tahu nak hujan itu yang ajak Adib naik motor untuk bank in duit di CIMB. Sebaik sampai dah hujan renyai renyai.
Buat duit cara mudah dan jaga alam sekitar
Hari Sabtu saya pergi Ikea selepas kenduri Kak Yong. Saja jalan jalan, bak kata orang sambil menyelam minum air. Ramai betul orang hari minggu. Nak parking pun susah. Kali ini kami ronda ronda sekali dengan the Curve. Nak jadi cerita, terjumpa la satu benda yang sekarang sedang buat.
Thursday, July 05, 2012
Mewarna bersama Adib
Malam semalam saya melayan Adib mewarna Ultraman. Ok gak kalau kadangkala ajak anak mewarna. Mengasah bakat terpedam. Hehehehe. Alhamdulillah saya dapat lihat Adib dah pegang pensel warna dengan betul. Cuma perlu mengasah bakat mewarna.
Wednesday, July 04, 2012
Bantu Produk Industri Kecil dan Sederhana
Malam tadi selepas pusing pusing sekitar pekan Sungai Besar dan menyelesaikan hutang piutang kami singgah di Kedai Rakyat. Ia terletak dihadapan kedai mamak Madina. Ramai juga yang datang malam malam. Macam dalam iklan, tak habis borong.kuikuikui
Monday, July 02, 2012
Sambutan Hari Guru
Hari ini sekolah buat sambutan Hari Guru. Kali ini nampak macam meriah. Best betul game untuk guru. Ada 6 stesen dan setiap stesen ada game yang memerlukan kerja berpasukan.
Subscribe to:
Posts (Atom)