wah! best!

Followers

Jom klik

Tuesday, February 21, 2012

Tak sah solat jika anak lelaki duduk bersebelahan

Alhamdulillah walaupun tak dengar dari mula, namun dengan sedikit ilmu dapat juga saya memanfaatkannya dan dikongsi bersama. Ia adalah berkenaan dengan sah atau tidak solat kita jika anak yang belum bersunat, solat bersama-sama kita.

Saya sendiri pun terkejut dengan jawapan yang ustaz berikan.Ini menunjukkan betapa lemahnya saya berkenaan bab agama. Ustaz memaklumkan bahawa anak yang belum bersunat masih lagi mempunyai 'najis' dan tidak sah solat kita jika anak-anak duduk atas kita. Ia kerana seperti kita menanggung najis tersebut.

Pada zaman Rasulullah s.a.w memang diceritakan bahawa Nabi  s.a.w mendukung cucu semasa berkhutbah tetapi cucunya telah bersunat. Kanak-kanak zaman sekarang pun bersunat masa umur 10-12 tahun.

Ini tidak sah jika anak lelaki tetapi bagi kana-kanak perempuan tidak mengapa kerana mereka telah pun disunatkan semasa kecil :)

Saya selalu membawa Adib ke masjid dan surau, dan dia tak boleh duduk di saf kanak-kanak. Biasa la sebab tak ada kawan. Jadi akan duduk disebelah saya. Kadangkala saya perasan juga yang dia duduk atas kain saya. Tapi masa itu saya pun tak tahu mengenai perkara ini. Bagi kaum ibu, berhati-hatilah.

Harap info ini dapat dikongsi bersama-sama dengan semua pengguna dan masyarakat. Amin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...