wah! best!

Followers

Jom klik

Monday, February 20, 2012

Murid tak kenal huruf

Kali ini entri berkenaan dengan kerja iaitu sebagai guru pemulihan khas. Bukan senang nak mengajar murid yang tak kenal huruf. Nampak sahaja senang jawatan guru pemulihan khas kerana mengajar murid yang asas tetapi hakikatnya nak melayan karenah dan sikap murid pemulihan lagi susah. 1 murid seperti 5 orang murid yang biasa tau...
Kadangkala sedih juga bila ada guru lain kata guru pemulihan banyak masa terluang, kalau ada tugasan, guru pemulihan juga yang dicari. Nanti saya nak buat entri apakah yang dimaksudkan dengan guru pemulihan khas.:)

Berbalik pada topik hari ini, saya memang mempunyai masalah dengan kelas 1K dan 1R . Dari pemerhatian saya untuk 1K, sebahagian mereka boleh baca, tetapi apabila tiba masa untuk latihan, pasti tak boleh atau lambat. Pelik pun ada sebab mereka tahu huruf, cuma masa menulis sahaja lambat.Penyelesaian saya hanya satu, tidak memberi latihan bertulis yang banyak, satu hari satu latihan.

1K masih ada seorang dua yang tak lancar mengenal huruf dan terdapat seorang murid yang saya rasa berpendidikan khas. Namun satu perkataan yang dia dapat sebut iaitu 'cikgu'. Yang lain bahasa cina :)

Bagi 1R... pelik juga, tulisan cantik tapi tak kenal huruf. Namanya Tan (bukan nama penuh). Suka tengok tulisan dan latihan yang dia buat, kemas. Masa membaca, nak buka mulut besar pun susah.hehehehe Dia masih ajar a,i,u. Bayangkan dah nak sebulan asyik a,i,u.

Ada lagi cerita 1R, dah pandai baca, tapi suka menangis bila saya bagi latihan lembaran kerja yang banyak.hahahaha Ini memang saya tak bagi banyak kerja, lembaran kerja 1 latihan, yang lain saya bagi kerja dalam bentuk permainan. Ini saya nampak perubahan pada seorang murid. Masa mula-mula masuk, mesti tak nak dan menangis serta tak pandai baca tetapi sekarang, dah pandai kenal huruf dan suka belajar dalam permainan.

Inilah cerita kelas saya. Penat saya mengajar murid tahun 1 kali ini. Seperti biasa masalah komunikasi menjadi faktor utama saya dengan murid. Bagi saya murid perlu diajar berterusan dan diajar dalam bahasa yang betul untuk melihat perkembangan yang baik pada masa hadapan dan jangan lupa mengikut kemampuan murid tersebut.

Jangan kita sesuka hati memberi koemn negatif kepada murid kerana mereka dalam proses pembelajaran dan guru yang bertanggungjawab membantu murid untuk berjaya. Kadangkala terfikir juga dengan sistem pendidikan Malaysia yang terlalu 'taksub' dengan silibus pembelajaran. Kesian kepada murid yang lembam. Sepatutnya murid yang lembam diajar berterusan mengikut keupayaan mereka dan saya pasti selama 6 tahun mereka belajar di sekolah rendah akan dapat menguasai Bahasa Malaysia dengan baik.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...