Kisah pada hari ini memang mengejutkan. Sedang asyik mengajar murid 1K, tiba-tiba salah seorang murid Cheng En' perlahan-lahan menangis. Dari perlahan sehingga tersedak-sedak sama seperti orang yang nak muntah...
Bayangkan selama hampir setengah jam dia menangis. Jam dah nak pukul 10.00 , dari dia menangis lagi kuat, baik saya bawa murid semua ke kelas sebab waktu rehat murid pun jam 10.00 pagi.
Masa saya minta murid beratur pun dia dah cakap dalam bahasa cina dengan saya. Wah apa yang dicakapkannya pun saya tak tahu. Apabila minta kawan terangkan seoarang pun tak faham . Cheng En siap buat gaya lagi dihadapan saya. Yang saya faham, perkataan 'papa' sahaja, dan gerakan tangan . Dia pegang telinga dan juga meminta sesuatu dari saya. Menggelabah juga masa itu. Dalam fikiran saya ingat bapanya marahkan dia dan pulas telinga dia.
Apabila sampai dikelas dan saya pun jelaskan pada guru dan guru pun bertanyakan dia. Cikgu kelas pun cerita yang dia tak boleh makan dikantin, nak minta telefon cikgu, nak telefon papa suruh bawa makanan :)