wah! best!

Followers

Jom klik

Tuesday, February 14, 2012

menangis lagi...

Kisah hari ini berkenaan dengan murid pemulihan tahun 1. Semalam murid cina menangis sebab nak telefon papanya, hari ini murid India pula menangis.. tapi nak tergelak pun ada..
Sedang asyik mengajar murid kumpulan B, aku pun memberi latihan kepada kumpulan tersebut. Kelas 1J tiada masalah kerana guru kelas telah memberi buku latihan namun bagi kelas 1R tiada buku latihan. Cikgunya sambung belajar dan cuti lama sangat. Kesian murid-murid ini. Jadi untuk murid 1R yang bernama Urvashi aku memberi latihan menulis. Rasa-rasa dalam 6 perkataan. Jadi dia mesti salin semula perkataan tersebut sehingga habis muka surat. Aku siap gertak dia yang aku bagi banyak latihan pada dia.

Aku pun terus ke kumpulan A untuk mengajar asas huruf. Tiba-tiba Urvashi menangis. Aduh apa ke hal plak kali ini. Namun nasib baik dia boleh berbahasa Malaysia. Rupa-rupanya menangis kerana aku bagi latihan banyak sangat...tersenyum...

Terus aku kata tak apa tak perlu tulis, tapi memberi latihan membaca. Selepas itu dia bersetuju dan tidak menangis lagi :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...