wah! best!

Followers

Jom klik

Sunday, February 12, 2012

Cadangan gathering Mariam's Generation di Dorani Bayu Resort

Salam semua. Entri ini ditujukan kepada ahli keluarga sebelah emak saya. Pada tahun ini kami sekeluarga telah mengadakan perjumpaan keluarga 'Mariam's generation' di Teluk Batik. memang betul-betul meriah hari itu. Bayangkan dari pagi sampai ke petang berada di tepi pantai. Memang ter'bako' teman dibuatnya.





Jadi pada tahun hadapan dan semoga opah akan masih terus sihat, saya mencadangkan untuk bersantai di daerah Sabak Bernam. Konsep masih sama iaitu tepi laut, namun tak boleh mandi tetapi cuma boleh memancing dan menikmati keindahan tepi laut.

Saya mencadangkan kami semua pergi ke Dorani Bayu Resort 'Dmarine Park'. Tadi baru saya pergi survey diarea sana dan memang tempat itu sesuai dan menarik untuk beristirehat. Harga untuk Chalet terapung bermula dai RM140 sehingga RM170. Bagi Apartment resort pula berharga dari RM120 sehingga RM180.00

Disamping itu juga mereka menyediakan tempahan khas seperti barbeku, trip memancing, karaoke, paintball, Hari keluarga dan melihat burung Flamingo. Disamping itu resort ini menyediakan pekej Keluarga dan Mesyuarat.

Jika ada sesiapa yang berminat, boleh layari blog mereka di:






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...