Rasa benda ini masih baru walaupun telah diperkenalkan 3 jam yang lepas. Yes 4G bekerjasama dengan PROTON untuk menghasilkan kereta berinternet buat julung kalinya!
Tahniah kepada PROTON atas kerjasama ini dalam memperbaharui konsep kereta nasional dan seterusnya memenuhi kehendak pelanggan dari sudut rekebentuk kereta dan keperluan pengguna. Walaupun terdapat juga pembaca fb yang mengatakan banyak akan kemalangan, bagi saya ia bergantung kepada sikap pemandu dan bukan kerana internet.
Jika saya, dengan adanya internet dalam kereta, anak-anak dapat menonton cerita, bermain dan belajar semasa dalam perjalanan balik ke kampung atau ke destinasi yang jauh.
Bagi pengguna YES 4G seperti saya, saya telah merasakan kehebatan YES diatas jalan raya dan ia amat menggagumkan! Dengan kelajuan 4G, saya pasti anda tahu betapa cepatnya internet tersebut. hehehehe
Jom kita saksikan gambar semasa perasmian tersebut