wah! best!

Followers

Jom klik

Sunday, February 19, 2012

Anakku Stres!

Jika anda pembaca Berita Harian pasti anda pernah baca topik ini pada hari Selasa bersamaan 14 Februari 2012. Jika anak anda bersikap panas baran, mudah naik angin, merosakkan barang dan menangis adalah tanda-tanda anak anda stres!
Sebagai ibu bapa, kita perlu mencari punca berlakunya tekanan dan mencari penyelesaian masalah tersebut. Disamping itu kita juga boleh merujuk kepada pakar psikiatri. Perlu diingatkan bahawa berjumpa dengan pakar psikiatri bukan bermaksud anak itu mempunyai masalah besar tetapi sebagai langkah awal menangani dan mengetahu punca.


Stres ada pada setiap manusia cuma yang membezakan adalah banyak atau sedikit dan dikawal dengan baik atau sebaliknya.

Bagi dewasa, tekanan yang dialami boleh dikurangkan menerusi aktiviti bersukan, berbual dengan teman dan sebagainya namun bagi kanak-kanak yang masih kecil, ibu bapa adalah harapannya. Bagi ibu bapa yang tidak memahami erti tekanan pasti melabelkan anaknya degil, mengada-ngada atau buat perangai.

Kesan tekanan yang tidak dikawal boleh menyebabkan perkembangan kecerdasan atau IQ menjadi rendah. Malah kajian juga menunjukkan kesihatan intelektual dan sosial bayi tidak berkembang dengan sihat. Hormon stres ni boleh berada pada bayi sejak berusia 17 minggu!!

Tanda-tanda anak stres:

  • dari pendiam kepada kuat bercakap
  • kerap sakit perut dan sakit kepala
  • mengigau ketika tidur
  • terkejut dengan persekitaran baru
Urus stres anak-anak:
  • bernafas - menarik nafas adalah pelega terbaik
  • melukis - cara sikecil menyampaikan maklumat disamping mengalihkan perhatian untuk menjadi lebih tenang
  • komunikasi - bertanya dan mengajak anak bercakap mengenai masalah yang dihadapi
  • bersukan - amat senang untuk mengelak dari tekanan dan ia juga memberi kecergasan dan kesihatan
  • sentuhan - urutan bahagian belakang badan dapat membantu melegakannya dan menunjukkan bahawa kita mengambil berat terhadapnya
  • makanan - kurangkan makanan bergula dan mempunyai MGS kerana menyebabkan kanak-kanak mempunyai tenaga yang berlebihan
  • optimis - menangani stres dengan cara betul dan optimis. Galakkan anak mengambil risiko dan bertahan kerana ia dapat membantu mereka membesar menjadi orang dewasa yang gembira dan sihat.

p/s: Didik anak urus tekanan sendiri kerana disamping memudahkan kita ia juga dapat membentuk mereka menjadi insan yang lebih bahagia dan kurang stres

Info: Pakar Perkembangan Pendidikan Kanak-Kanak Dr. Mastura Badzis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...