Entah apa sebab, malam semalam balik Ipoh. Tujuan berjumpa mak dan ayah serta menziarahi pusara Azim ..
Salam saya mula terjebak dalam dunia blog pada tahun 2010 dan ini adalah satu cara saya berkongsi cerita mengenai saya , keluarga , kerja dan dunia. Seorang guru yang mengajar LINUS tegar
Followers
Jom klik
Saturday, September 29, 2012
Bajet 2013 dan power window regulator
Salam para pembaca yang dihormati.
Apa khabar? Harap semua dalam keadaan sihat dan ceria. Ceria bagi rakyat Malaysia dan bertambah senyum dan syukur kepada kakitangan kerajaan. Hari ini cerita mengenai bajet 2013 tetapi ada cerita sebelum bajet dibentangkan.
Apa khabar? Harap semua dalam keadaan sihat dan ceria. Ceria bagi rakyat Malaysia dan bertambah senyum dan syukur kepada kakitangan kerajaan. Hari ini cerita mengenai bajet 2013 tetapi ada cerita sebelum bajet dibentangkan.
Friday, September 28, 2012
Glitteri datang kembali
Terima kasih Nuffnang kerana telah mengembalikan status saya kepada Glitteri. Puas saya menunggu pertukaran status tersebut. Apa kelebihan Glitteri?
Cahaya dalam kegelapan
Pagi tadi black out. Namun kerana dah lama tidur, buat tak tahu sahaja. Syukur pula hari hujan. Jadi suasana memang sejuk. Tiba tiba Adib meragam. Peluh katanya. Pujuk sambil tidur. Hehehehe akhirnya jam dah pukul 6.00 pagi. Baru niat nak telefon TNB untuk buat aduan. Kedengaran kereta singgah ke stesen TNB. pusat bekalan TNB di hadapan rumah sahaja. Jadi tak perlu buat laporan dan tunggu sahaja. Selepas Chiq Dina siap bersolat saya dan Adib bersiap untuk mandi dalam kegelapan. Namun dalam kegelapan dan cahaya lilin serta lampu suluh , terdengar Chiq Dina kata keputusan dah keluar.
Thursday, September 27, 2012
Power window regulator rosak
Salam semua. Kali ini nak bercerita mengenai masalah kereta persona. Semalam pergi membeli barang dapur. Sebabkan taknak bawa Amni ikut sekali, ibu dan Amni duduk dalam kereta dan saya pun membuka tingkap sedikit. Selepas membeli semua barang, ibu memberitahu bahawa tingkap belakang dah tak boleh nak naikkan.
Alahai, mengapalah ia terjadi pada waktu begini. Alangkah indahnya kalau berlaku sewaktu mendapat bonus. Jadi balik sahaja rumah saya pun dengan berani membuka cover pintu penumpang.
Alahai, mengapalah ia terjadi pada waktu begini. Alangkah indahnya kalau berlaku sewaktu mendapat bonus. Jadi balik sahaja rumah saya pun dengan berani membuka cover pintu penumpang.
Wednesday, September 26, 2012
Tuesday, September 25, 2012
Habis jatuh ariell rumahku
Allahuakbar! Semalam (pagi Sabtu) angin kuat melanda Sungai Besar. Jam masa itu menunjukkan 3.00 pagi. Saya memang tak sedar, Chiq Dina yang kejutkan saya sebab bunyi seperti ada orang diatas bumbung. Namun setelah diamati rupa rupanya angin kuat diikuti dengan hujan.
Friday, September 21, 2012
apakah salahku nuffnang?
Dah lama tak tengok nuffnang disebabkan kena block oleh bestari1net walaupun ia bukanlah satu program untuk bermain games atau tayangan video. Jadi tergerak nak tengok dirumah dan Alhamdulillah, ada sedikit wang saku dari nuffnang. Walaubagaimanapun aku terkejut apabila status aku bukan lagi glitterati. aku jadi non glitterati! apa salahku?
Rambut baru Adib
Sejak akhir akhir ini, Adib asyik garu kepala sahaja. Memang nak bagi Adib simpan rambut panjang tetapi apabila melihat asyik garu sahaja saya pun ambil keputusan memotong rambutnya. Niat asal nak Adib berambut panjang sampai ke bahu. Walaupun tiap tiap hari syampu, Adib masih juga mengaru. Kemungkinan besar kerana berpeluh. Maklumlah rumah kami ini panas. Kalau nanti nak renovation rumah pastikan pengaliran udara dititik berat.
Thursday, September 20, 2012
Kerja lebih masa kata Ceupacs
Berita hari ini, dimuka surat 10 dalam Berita Harian mengisahkan kakitangan awam perlu sedia kerja lebih masa jika tuntutan Ceupacs diterima. Antara tuntutan Ceupacs adalah :
- Pembayaran baki bonus satu setengah bulan termasuk pesara
- Penetapan 35 peratus projek perumahan di kawasan bandar untuk rumah berharga RM 60K hingga RM 100K bagi golongan pendapatan RM 3K ke bawah.
- Skim perkhidmatan lebih baik dari SBPA
- Menyambung perkhidmatan pekerja kontrak Sekurang kurangnya dengan opsyen KWSP.
- Kenaikan Imbuhan tetap perumahan
- Mewujudkan Majlis Bersama Jabatan di peringkat persekutuan
Wednesday, September 19, 2012
Impianku
'jumpa' di RnR Sungai Buluh
Setiap orang mempunyai impian. Aku juga mempunyai impian. Ia datang selepas aku tingkatan 4. Inilah impian aku untuk berkonvoi dengan motosikal. Sejarah aku meminati motosikal apabila ibu membelikan sebuah motosikal EX5 Honda. Bukan yang baru, tetapi 2nd hand. Dan kerana motor juga aku nyaris nyaris nak 'terpesong' dari landasan sebenar. Namun Alhamdulillah aku masih menjadi manusia yang sebenar. Syukur padaMu Ya Allah.Sunday, September 16, 2012
Tawakal dan berdoa
Hari ini pergi ke Tawakal KPJ KL untuk melawat adik ipar yang terlantar kerana kencing tikus. Alhamdulillah sekarang opie dah beransur pulih.
Saturday, September 15, 2012
Jalan jalan malam di Putrajaya
Minggu lepas selepas berjalan jalan ke karangkraf, kami tidur di rumah abang ipar di Kajang. Malam itu kami menjamu selera sate Kajang, bak kata orang, alang alang dah sampai Kajang, baik pekena sate Kajang.....lepas itu kami berjalan jalan ke Putrajaya. Wah best betul malam di Putrajaya. Banyak aktiviti yang dilakukan. Jom kita tengok gambar...
Jamuan Hari Raya Aidilfitri Sin Min
7 September 2012 telah diadakan Jamuan Hari Raya Aidilfitri di sekolah. Tahun ini saya menjadi pengacara majlis. Inilah akibat apabila dalam sekolah hanya terdapat 3 orang cikgu Melayu sahaja. Nak tak nak terpaksa juga lah. Dah tak boleh nak mengelak. Inilah nasib kumpulan minoriti. Heheheehhehehe
Jalan jalan Karangkraf Shah Alam
Chiq Dina bercadang nak mencari majalah lama. Namun semua kedai di Sungai Besar telah memulangkan kembali kepada vendor. Kesian pula tengok. Maklumlah niat nak masuk peraduan agar dapat hadiah permainan untuk Adib dan Amni .
Friday, September 14, 2012
G Shock Military Series
Alhamdulillah.... Akhirnya dapat juga saya memiliki jam G Shock yang sebenarnya. Sebelum ini saya minat dan tak kisah tentang status original atau tidak. Sejak dari zaman sekolah lagi saya tahu mengenai jam ini namun semua orang tahu akan harganya yang beratus ratus ringgit. Jangan harap nak dapat jam macam ini .
Wednesday, September 12, 2012
Maggie Bandung
Ini entri sepantas kilat. Hehehehe maklumlah 3 hari bertugas sebagai pengawas UPSR di SK Khir Johari. Menu ini ciptaan inovasi chiq Dina. Sedap sampai Adib dan Amni pun suka. Walaupun ringkas sahaja.
Wednesday, September 05, 2012
Balik kampung dengan beg bagasi
Alhamdulillah, akhirnya saya dah terima beg bagasi yang dinanti nantikan. Lepas ini balik kampung dengan beg baru le.
Monday, September 03, 2012
Pertukaran guru sesi Januari 2013
Dimaklumkan bahawa permohonan pertukaran guru antara bahagian/ negeri, antara daerah dan dalam daerah bagi Januari 2013 akan bermula 1 September 2012 sehingga 30 September 2012.
Sehubungan dengan itu, guru-guru yang ingin memohon pertukaran boleh melayari eg tukar sekarang. Guru diingatkan agar menghantar satu salinan cetakan permohonan lengkap bersama dokumen sokongan yang telah disahkan ke Pejabat Pelajaran Daerah masing masing sebelum atau pada 5 Oktober 2012.
Guru Besar / pengetua sebagai pengesahan adalah perlu mengesahkan setiap permohonan guru mulai 1 September hingga 2 Oktober 2012.
P/s: sila layari di sini untuk ke eg tukar . http://apps.moe.gov.my/epgo/
Sunday, September 02, 2012
Warna warni D' Garden
Ini entri terakhir hari ini. Saya nak tunjukkan gambar warna warni di D' Garden, Ipoh. Bukan Lake Garden Taiping ek. Tempat ini terletak di hadapan Jaya Jusco Ipoh Garden. Tak perasan, tetapi pada waktu malam nampak cantik dengan hiasan lampunya. Nak tengok? Jom
Saturday, September 01, 2012
Nasi mandy di restoran Malika Saba
Akhirnya cita cita untuk makan nasi Arab tercapai. Bonda tersayang belanja makan malam. Tapi kami makan jam 5.30 petang. Kami makan di Restoran Malika Saba. Bukan di KL, tetapi di Ipoh. Dah lama rancang, sejak sebelum Chiq Dina sakit lagi. Akhirnya dapat juga saya merasa.
Domino Pizza dalam kereta
Hari ini plan untuk keluar berjalan jalan di pekan Ipoh. Tengahari kami keluar sekeluarga bersama mak dan sarah. Rezeki tengahari, sarah cadang belanja makan domino Pizza. Kami singgah beli Pizza berhampiran Jaya Jusco.
Suasana sambutan harijadi Adib
Semalam kami sambut harijadi Adib yang ke 4 dirumah moyang Adib di Tasek. Kek Ultraman dah ambil hari Khamis lepas. Sambutan kali ini bersama sama dengan Syira, anak Abang Yus dan juga Acik Lijah yang buat menu istimewa iaitu steamboat. klik sini
Seperti biasa, makan tengahari pun di rumah opah. Menu istimewa sipu sedut ipah pun ada. puas hati beb...jom kita lihat gambar pula.
Tempat makan paling best!
Salam semua... Hari ini nak berkongsi tempat makan paling best bagi Adib dan Amni. Hehehehe bukan tempat semua orang makan ek. Ini di rumah saya sahaja. Sorry ek.
Keaw Teow goreng Atan
Keaw Teow goreng memang makanan kegemaran saya. Mee dan bihun pun tak boleh menandingi keaw Teow goreng. Di Perak sahaja, ada 3 gerai yang memang saya suka makan keaw Teow goreng iaitu Doli di Taiping, Gerai di stadium Perak dan Bercham.
Dikesempatan cuti kali ini dapat juga saya merasa keaw Teow goreng Atan. Bagaimana nama Atan itu wujud.? Saya pun dah lupa, kalau tak salah, tukang masaknya nama Atan. Difahamkan beliau adalah gitaris kumpulan rock 80an. Entah betul entah tidak, kena rujuk balik ngan orang yang lebih arif.
Bagi saya keaw Teow goreng Atan ini memenuhi selera saya. Masakannya kering namun ada rasa basah sedikit. Isi dalamnya ada kerang, tauge dan sayur. Paling saya suka sambalnya. Kalau nak cuba silalah kesini. Berdekatan dengan Caltex Bercham.
Dikesempatan cuti kali ini dapat juga saya merasa keaw Teow goreng Atan. Bagaimana nama Atan itu wujud.? Saya pun dah lupa, kalau tak salah, tukang masaknya nama Atan. Difahamkan beliau adalah gitaris kumpulan rock 80an. Entah betul entah tidak, kena rujuk balik ngan orang yang lebih arif.
Bagi saya keaw Teow goreng Atan ini memenuhi selera saya. Masakannya kering namun ada rasa basah sedikit. Isi dalamnya ada kerang, tauge dan sayur. Paling saya suka sambalnya. Kalau nak cuba silalah kesini. Berdekatan dengan Caltex Bercham.
Subscribe to:
Posts (Atom)