wah! best!

Followers

Jom klik

Tuesday, June 26, 2012

Restoran Arab di Malaysia dalam Majalah Islam

Anda pernah tengok Majalah Islam di tv Al Hijrah? Setiap hari Jumaat jam 8.30 pagi. Tajuk hari ini berkenaan dengan restoran Arab yang tumbuh bak cendawan di Malaysia.

Berdasarkan wawancara program ini, ramai suka makan kerana dagingnya, dimana pelanggan berkata bahawa daging lembut dan lain rasanya. Begitu juga dengan ayamnya. Nasinya pun berbeza juga. Memang menyelerakan dan menggemukkan. Hehehehehe

Senarai nama menu pun sudah membuat saya terliur. Semua bahan mentah diimport dari negara Arab. Menu yang ditunjukkan adalah seperti nasi mandy, daging kebab, dan macam macam lagi.Nyummy nyummy... Paling best apabila dapur bawah tanah digunakan.masih menggunakan dapur arang, bawah diletakkan nasi mandy, dan dibahagikan atas diletakkan ayam merah. Sudah pasti air ayam akan jatuh ke bawah. Maka memang pasti sedap nasi tersebut. Lagi satu info, kebanyakkan bahan mengandungi khasiat dan vitamin. Contoh, mereka menggunakan minyak zaitun, habatus sauda dan yang seangkatannya.

Teringat cadangan mak saya untuk makan di restoran Arab di Ipoh. Kedainya tak besar, dan bentuknya pun 3 segi. Hehehehe tapi saya lihat ramai juga yang makan di situ. Jika diizinkan olehNya, akan saya cuba makan di restoran tersebut. InsyaAllah.....

P/s : kedai mamak dan kedai Arab? Mana satu pilihan anda? Komen.g

 

Gambar hiasan

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...