Jadi saya rasa lebih selesa saya menceritakan dalam blog. Boleh juga orang lain baca dan komen. Dapat juga income untuk saya;)....
Pada minggu lepas, saya memang geram dengan perkhidmatan sampah. Ada ke jam 8.30 pagi dah datang kutip sampah. Mana saya sempat nak letak sebab selalunya jam 9.30 pagi baru datang. Jadi sampah di rumah bertimbun timbun lah minggu lepas.Saya memang tidak letak sampah di luar rumah sebab kawasan saya penuh dengan anjing liar pada waktu malam. Dah banyak kali sampah saya dirobek oleh anjing. Esok pagi bau semerbak di hadapan rumah. Siap kena sapu dan kutip semula sampah sampah tersebut.
Ini pun lagi satu hal. Mana datang anjing ini pun tak tahu dan pihak berkuasa tempatan pun tidak buat apa apa. Mungkin kerana tiada aduan atau aduan tidak dilayan kerana kawasan ini bercampur campur dengan kaum lain. Setiap malam pasti anjing menyalak dan nak keluar rumah dengan motor pun risau. Kawasan rumah gelap sedikit, tak nampak anjing lepak kat mana. Lagi lagi sekarang musim mengawan.
Muafakat membawa berkat. Harap agar pihak taman dan juga pihak berkuasa tempatan akan mengambil tindakannya sewajarnya. Saya cuma menyewa. Kalau berlebih lebih nanti orang tak suka.. Jadi luahkan sahajalah di dalam blog cerita saya ;)
No comments:
Post a Comment