Saya akui pasti saya tak solat khusyuk sebab mata saya teralih kepada seorang budak kecil yang berada disebalik tembok. Dengan gaya rambut botak dah pasti akan melihat seperti tooot.. Astaghfirullah
jadi saya lihat dia baring sambil bermain kotak duit yang diderma oleh para jemaah. Kali pertama dia main seperti biasa. Tapi kali kedua, dia ambil kotak duit letak di sebalik tembok. Namun saya masih dapat lihat kotak tersebut dari jelingan tepi mata. Entah betul atau tidak, saya nampak seperti dia mengeluarkan sekeping duit.
Selepas solat, saya tengok budak itu, tapi kita mesti bersangka baik. Harap budak tersebut tidak mengambil, kerana apabila melihat bapa saya pasti bapanya mendidik dengan baik. Amin.
Jadi entri ini saya ingin mencadangkan :
- pihak masjid agar menggunakan bekas yang lebih sesuai dan selamat.
- Meletakkan bekas duit ditempat yang selamat dan sesuai.
- Meminta seorang wakil masjid untuk mengutip bekas duit selepas khutbah.
- Meminta ibu bapa menerap nilai murni dalam diri anak. InsyaAllah
No comments:
Post a Comment