wah! best!

Followers

Jom klik

Thursday, June 28, 2012

Kad debit atau ked kredit?

Salam... Hari ini kita berdiskusi berkenaan kad debit dan kad kredit. Pasti ramai yang menggunakan kad tersebut dalam kehidupan harian. Sebelum saya dapat kerja tetap, saya tak pernah menggunakan kad tersebut. Namun selepas melangkah ke alam pekerjaan tetap, kad tersebut diperlukan.

Ini adalah berdasarkan pengalaman saya sebagai pengguna kad debit dan kad kredit. Saya menggunakan kad kredit pada tahun 2011 dan kad debit pada tahun ini. Namun saya dapati setiap kad mempunyai kelebihan sendiri.

Baik, kad kredit ini memang banyak kegunaannya. Anta manfaat yang saya terima, adalah rebet tunai setiap kali menggunakannya. Walaupun tak banyak, tapi kalau dikumpulkan boleh juga saya isi minyak free. :) lagi satu apabila terdesak contohnya nak beli susu anak pada harga promosi, kad kredit jugalah yang saya gunakan. Satu lagi kebaikan adalah kita dapat tahu ke mana kita belanjakan duit bulanan kita....

Risiko yang saya dapati, duit gaji bulan depan dah habis bulan sebelumnya. Uhuhuh. Nasib baik saya ini bukan jenis terlalu boros. Saya akan cuba membayar secepat mungkin dan Alhamdulillah tidak pernah membayar secara minimum. Kesannya, habis duit simpanan saya ........

Kad debit pula manfaatnya saya tidak perlu membawa tunai setiap kali membeli keperluan. Lagi satu, berapa banyak duit dalam itu, setakat itu sahaja yang saya gunakan. Dah tentu saya tak menggunakan lebih dari kemampuan saya :)

Masalah yang saya lihat, apabila duit dah tak ada. Ehmmm terpaksa guna kad kredit juga. Satu lagi apabila saya menggunakannya di stesen minyak. Jika saya menggunakan perkhidmatan di pam dan bukan kaunter,saya perasan duit saya hilang sementara waktu sebanyak RM 150. Ia umpama deposit pula. Kalau tak ada baki sebanyak itu, saya rasa tak boleh kot nak isi minyak. Sebab semalam saya menggunakan untuk isi minyak motor dengan baki ada RM 18 sahaja, kad debit saya tidak dapat diproses.

Kesimpulannya, setiap kad ada fungsinya. Saya rasa seperti memerlukan juga kedua dua kad tersebut. Tepuk dada tanya minda, dan jangan sampai kita menggunakan duit masa hadapan untuk sekarang. Jika boleh kawal perbelanjaan dan cuba bayar sepenuhnya. Gaji banyak mana pun takkan cukup..kadangkala rasa baik beli emas kerana nilainya sentiasa meningkat. Harga pula mahal......;)

 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...