wah! best!

Followers

Jom klik

Friday, June 22, 2012

Ikan masin terubuk dari Sarawak

Salam semua.. Pernah makan ikan terubuk masin dari Sarawak? Peeeeerrgggghhhhh meleleh beb! Kalau tak pernah cuba, order la dari member yang ada kat sana. terima kasih cikgu Izzah kerana tolong belikan dari sana. Best. Juga ada kawan kerja dari sana. Boleh minta tolong belikan jika teringin.

Semua ini bermula ketika isteri mengandung arwah Azim. Siap order dari kawan yang duduk disana.... Puan Ana. Hantar guna pos laju lagi. Ada pelbagai jenis, yang pasti jangan ambil ikan yang dah berwarna merah. Dah lama orang kata.

Yang saya order baru ini, garam dah memang pekat. Memang masin sangat. Siap basuh banyak kali. Saya paling suka apabila ikan masin dimasak bersama sama dengan bawang merah. Aroma masin menyerap kedalam bawang. Memang menyelerakan.

Jadi jika anda gemar makan ikan masin, cubalah ikan masin terubuk Sarawak. Ada kelas ;) Pasti anda akan hendak lagi.

 

 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...