wah! best!

Followers

Jom klik

Saturday, June 30, 2012

Terima kasih Dutch Lady

 

 

Alhamdulillah dengan izinNya dapat juga satu hadiah dari Dutch Lady sempena peraduan Susun Huruf. Maklumlah hari itu telah kehilangan laptop kerana rumah sewa dimasuki perompak. Memang benar, setiap musibah akan datang hikmah dari Allah. Syukur akhirnya saya dapat netbook yang lebih baik, lebih canggih dari sebelumnya.

Agresif apabila tidak dapat bermain iPad

Tak pasti mengapa Adib bersikap agresif apabila saya tidak membenarkannya bermain iPad. Benarlah seperti dalam rencana yang disiarkan oleh sebuah suratkhabar tempatan. Laptop, iPad, serta gadget permainan komputer akan membuat kanak kanak bersikap agresif.

Friday, June 29, 2012

A Meaty Feast at Pizza Hut

Sekarang kami dalam perjalanan pulang ke Ipoh. Baru hari Isnin kami makan pizza hut di Kuala Selangor, dan hari ini Adib minta nak makan lagi. Jadi kami singgah sebentar di Pizza Hut Teluk Intan. Almaklum kat Sungai Besar tak ada.

Basikal terbelah dua

Baru semalam buat entri mengenai basikal lama Adib. Hari ini dah jadi sejarah. Gara gara Amni yang suka menaiki basikal ini, pagi tadi entah macam mana Amni bawa terus terbelah dua. Ganas betul Amni ini.

Nikmat menjadi guru

Petang semalam baru balik mengajar tuisyen tahun 3. Bukan main perang kali ini. Saya memang jerit dan marah betul betul. Namun selepas selesai mengajar, tiba tiba rasa sesuatu dalam diri.

Cinta masjid bersama keluarga

 

Syukur Alhamdulillah .... Setelah semua dugaan selesai. Tiba masanya untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah. Syukur kepada Allah kerana telah memberi hidayah dan petunjuk kepada kami sekeluarga. Memang berat dugaan yang diterima namun setiap musibah ada hikmahnya.

Thursday, June 28, 2012

Basikal kegemaran Adib dan Amni

Barang lama bukan bermaksud tidak elok. Kadangkala itu yang paling disayangi. Lihatlah gambar abang dan kakak yang masih bermain basikal walaupun dah tak ada tempat duduk.

Kad debit atau ked kredit?

Salam... Hari ini kita berdiskusi berkenaan kad debit dan kad kredit. Pasti ramai yang menggunakan kad tersebut dalam kehidupan harian. Sebelum saya dapat kerja tetap, saya tak pernah menggunakan kad tersebut. Namun selepas melangkah ke alam pekerjaan tetap, kad tersebut diperlukan.

Label SIRIM pada iPad

Balik dari pertandingan spelling Competition terus nampak ada satu surat kecil dalam buku RPH. Saya pun buka surat tersebut dan dapat satu sticker SIRIM.

Wednesday, June 27, 2012

English Competition Peringkat Daerah Sabak Bernam

salam...

Hari ini saya ditugaskan mengiringi murid ke SK Batu 38 Sabak Bernam untuk persandingan English Competition. Wakil sekolah saya 3 orang iaitu, Tan Wui Yi, Chia Tze Yun dan Lim Hoay Nee. Mereka adalah murid tahun 6. Nak tahu selanjutnya, jom ....

Duit masjid jangan diambil

Alhamdulillah selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Makmuriah Sungai Besar. Balik terus ada perkhabaran yang menyedihkan. Adik Opah di Pulau Pinang telah kembali ke Rahmahtullah dan sekarang pasti ahli keluarganya telah selesai mengebumikannya. Al Fatihah dan Semoga Allah menempatkannya bersama sama orang solehin. Sekarang ini adalah kisah yang berlaku semasa saya menunaikan solat Jumaat.

Lori sampah ikut masa yang betul boleh tak?

Entri kali ini adalah luahan hati saya kerana ketidakpuasan dengan mutu perkhidmatan yang disediakan oleh pihak pengurusan sampah di kawasan rumah saya. Bukan tidak mahu membuat aduan kepada pihak berkenaan tetapi kecewa dengan perkhidmatan pihak yang lagi satu. Saya pernah buat aduan pada pihak berkenaan pada 6 Jun 2012. Pada 10 Jun 2012 saya terima surat dan meminta maklumat yang telah saya sertakan semasa mengisi borang aduan tersebut. Maklumat tersebut mesti dihantar sebelum 7 Jun 2012. Ehmmm apa komen anda?

Aiskrim Tropicana Twister

Sedap! Itu yang keluar dari mulut Adib dan Amni selepas makan aiskrim Tropicana Twister. Nak tahu bagaimana nak buat?

Tuesday, June 26, 2012

Sedap betul air oren baru Tropicana Twister

Anda pernah mencuba air Oren baru Tropicana Twister? Sedap! Memang rasa jus sebenar. Penuh dengan sari buah...lagi satu saya suka akan rasanya yang tidak sama seperti sebelum ini.

Restoran Arab di Malaysia dalam Majalah Islam

Anda pernah tengok Majalah Islam di tv Al Hijrah? Setiap hari Jumaat jam 8.30 pagi. Tajuk hari ini berkenaan dengan restoran Arab yang tumbuh bak cendawan di Malaysia.

Buku percuma di Pesta Buku

Salam. Hari ini ada pesta buku di Sungai Besar yang diadakan di Dewan Sri Bernam Sungai Besar. Kepada penduduk di sekitar daerah Sabak Bernam bolehlah singgah sebentar untuk melihat buku buku yang dijual dengan harga yang rendah. Bagi guru guru, apabila anda mendaftar nama di booth Cerdik Publication, anda akan dapat buku percuma!

Friday, June 22, 2012

Sukan SJKC Sin Min yang ke 36

Pada hari Ahad 24 Jun 2012 akan diadakan acara sukannya sekolah di padang SJKC Sin Min. Saya adalah mewakili kumpulan rumah merah. Tugas saya adalah peralatan.

Ikan masin terubuk dari Sarawak

Salam semua.. Pernah makan ikan terubuk masin dari Sarawak? Peeeeerrgggghhhhh meleleh beb! Kalau tak pernah cuba, order la dari member yang ada kat sana. terima kasih cikgu Izzah kerana tolong belikan dari sana. Best. Juga ada kawan kerja dari sana. Boleh minta tolong belikan jika teringin.

Wednesday, June 20, 2012

Adib nak pergi sekolah di rumah

Cerita pagi tadi....

sudah tiga bulan abang tak pergi ke sekolah. Tiap tiap hari dok mengayat dan memberi semangat dan motivasi tak lupa juga ugutan, namun masih lagi tidak dapat mengubah pendirian dia.

Tiba tiba pagi tadi abang bangun terus cakap abang nak pergi sekolah. Senyum memanjang terus saya dan layan bak putera diraja. Makan pun kalau boleh nak disuapkan. Tapi awal-awal Adib tak nak makan. Ingatkan sebab baru bangun tidur.

Elok saya nak pergi kerja, Adib bagi tahu ibu yang dia nak belajar sekolah di rumah. Ehmmmmm auta betul Adib ini... Jadi belajar di rumah sahajalah .....lepas dah bagi kebenaran terus selera makan. Siap jerit2 lagi. Seperti dah dapat kebebasan .

 

Sunday, June 17, 2012

Selamat Hari Bapa bersama KFC crunchy baru

Pertama saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu (chiq Dina) kerana membeli kek untuk saya sempena hari bapa :)

Cinta masjid di Shah Alam

Salam..tadi tengok tv Al Hijrah yang bersiaran langsung di Masjid Shah Alam. Alahai lupa nama masjid itu tapi pasti ramai tahu masjid yang saya maksudkan.

Berminat nak pergi kesana namun apakan daya, kewangan tak mengizinkan. Jam 2.30 petang nanti ada rakaman bersama Ustaz Don. Wah best kalau dapat tengok secara live. Disamping itu ada juga jualan amal dimana setiap pembelian, disalurkan kepada badan kebajikan.

Jika anda ada kesempatan, apa salah kalau kita membawa keluarga kita kesana. Pasti anak-anak kita seronok, disamping kita dapat menyambut Israk dan Mikraj serta Hari Bapa, kita dapat mengimarahkan masjid. Kalau yang jauh, masjid yang berhampiran anda juga pasti ada menyediakan kuliah atau ceramah sempena Hari Israk dan Mikraj.

Saturday, June 16, 2012

i Think di Sabak Bernam

Salam buat semua pembaca blog saya.

Hari ini pagi-pagi siap pergi ke sekolah kerana ada program i think di SK Dr. Latif Sabak Bernam. Jadual tunjuk bas akan datang jam 10.15 tapi sampai pukul 11.00 baru bas sampai. Jadi kam sampai jam 11.20 pagi. Amat mengecewakan, kami cuma datang untuk makan aiskrim dan makan tengahari sahaja kerana program tersebut telah sampai ke penghujung. Harap selepas ini pihak penganjur akan lebih prihatin.

Wednesday, June 13, 2012

Selamat Hari Lahir Mak

Assalamualaikum...

Hari ini tak mengajar pun...dari semalam sakit kepala yang amat sangat. Pagi tadi cuba melawan sakit kepala namun apakan daya, terus tangkap satu kepala. Pagi tadi juga pergi ke klinik dan dapat cuti sehari walaupun jururawat tanya berapa hari nak cuti.nak cuti:)

Jadi entri ini ringkas sahaja. Saya nak ucapkan  SELAMAT HARI LAHIR MAK... minta maaf sebab tak wish semalam. memang tak teringat walaupun dah ingat masa cuti sekolah.  Hari Isnin memang aktiviti padat ditambah pula dengan aktiviti sukan semalam. Cuaca yang amat panas memang mudah saya nak sakit kepala.

Harap entri ini diterima.... doa saya, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki serta dapat menunaikan Haji pada tahun ini. Amin

Sunday, June 10, 2012

Saya menang Netbook dari Dutch Lady

Syukur Alhamdulillah...itu yang dapat saya katakan. Tak sangka saya akan menang peraduan ini sebab masa itu saya memang penuh dengan masalah dalam kepala. Namun Allah Maha Mengetahui dalam setiap musibah ada hikmahnya.

Dutch Lady Kids ada menganjurkan satu pertandingan mengumpul abjad yang dikehendaki .Niat asal saya adalah untuk menang iPad , tapi tak sangka saya menang netbook untuk bulan April. seperti yang diketahui, saya baru sahaja kehilangan laptop kerana rumah saya dipecah masuk pada bulan April.

Jadi dengan kemenangan ini, dapatlah menggantikan laptop yang hilang. Lepas ini saya akan pastikan akan membawa barang-barang berharga bersama saya walau kemana jua. Hehehehe

Selamat Hari Lahir Amni

Entri ini ditujukam khas buat anak saya yang kedua iaitu Nur Amni Aqilah. 8.6.2012 merupakan Hari Lahir yang ke2 buatnya.Pejam celik dah besar anak dara ibu nie... kali nie tak sambut pun just beli kek..kek nie pun tok yang sponsor.. lagipun kami baru jer kehilangan baby, macam nie pun dah ok kot... kami sekeluarga bersama opah n auntie farah ada untuk tgk amni potong kek...
jom layan gambar birthday amni ^_^




Kek Amni disponsor oleh atok kesayangannya.




Abang dan kakak



Peace from abang




Ini bukan key abang ek..😜



Selamat hari jadi Amni 😃

Friday, June 08, 2012

Cuti bersama Ipad

Salam kawan-kawan. Selamat bercuti bagi semua guru-guru dan murid-murid.�� Dah lama tak update blog semak sibuk dengan kekasih baru saya Ipad3 hehehehe. Alhamdulillah akhirnya barang saya Sampai pada hari Isnin 28 Mei 2012 pada jam 1100 pagi. Masa ambil tu memang dah tak sabar. Lepas buka terus nak saya on tapi tak boleh buat apa apa sebab tak ada wifi. Rupa-rupanya perlu setting juga. Dari Shah Alam Sampai ke Ipoh dok Mcm tu je. Siap pergi tepi McD konon nak aktifkan cepat2. Apabila Sampai Ipoh,setting perkara pertama yang buat. masih ingat lagi kali pertama menggunakannya. SUSAH... Nak main games, Kena beli..Siap US Dollar lagi. Nak gerakkan application pun tak reti lagi. Saya download free application dahulu. Balik kampung, adik ipar yang ajarkan. Lepas itu baru rasa selesa dan mahir menggunakannya. Apa yang boleh saya katakan, Apple memang best. Sekarang dah jatuh hati sama Apple. Cuma yang tak best, banyak application yang perlu bayar. Tapi yang penting, cepat dan lancar. So cuti sekolah kali ini, asyik men'download' games dan application ! Harap dapat dimanfaatkan oleh Adib dan saya.hehehehe Jika anda berminat nak beli gadget, buatlah research dulu....


Thursday, June 07, 2012

perkhidmatan pelanggan yang mengecewakan di rekod perubatan Hospital Raja Permaisuri Bainun

Baru balik dari Hospital Besar Ipoh aka Hospital Raja Permaisuri Bainun bagi tujuan mengambil rekod perubatan chiq dina. Kecewa, kecewa dan kecewa dengan perkhidmatan yang disediakan.

Dari semalam saya datang untuk membuat permohonan laporan perubatan. Kali pertama datang, saya lihat hanya seorang sahaja di kaunter dengan pelanggan lebih kurang 5 orang. Tak mengapa mungkin begini kot..fikir saya. Saya cuma dapat photostat dokumen yang diperlukan namun namun tertinggal salah satu salinan yang diperlukan. Jadi saya bercadang untuk datang esok dan masa pun telah menunjukkan jam 1.00 petang. Saya datang jam 11.30 pagi.

Hari ini, setelah semua dokumen diperlukan telah disediakan, saya datang semula jam 12.25 tengahari dan hari ini ramai yang menunggu. Namun kaunter masih lagi seorang sahaja. Tepat pukul 1.00 petang kami dimaklumkan bahawa kaunter tutup, sila datang selepas pukul 2 @ 2 lebih ( ehmmm kerajaan).

Namun saya tidak datang jam 2.00 petang saya datang jam 3.00 petang. Apabila sampai saya lihat lagi ramai orang yang datang. Nombor yang saya ambil tengahari tadi terlepas dan pelu mengambil nombor baru iaitu 60. Pada masa itu nombor 51.

Dari pukul 3.00 sampai pukul 4.20 petang, baru nombor 56. Panas masa itu memang terasa. Saya lihat carta organisasi ada seramai 8 orang dibawah unit tersebut. Tetapi kenapa seorang sahaja yang kerja. Dah itu berumur 40 keatas pula. Itu pun saya terus ke kaunter setelah tengok ramai orang dah nak cepat. Pekerja yang berumur itu pula boleh 'pas' kerja dia kepada orang lain dan terus keluar. Nasib baik pengganti adalah pekerja muda.

Cepat kerja dia, dia ambil borang dahulu sebab kaunter pembayaran tutup jam 4.30 petang. Setelah borang saya diproses dan saya membuat pembayaran, pekerja kata tunggu lagi sebulan atau telefon dahulu sebelum datang. Anda nak tahu berapa lama proses tersebut? 5 minit sahaja! nak menunggu dah beberapa jam.!!!

Kepada agensi Kementerian Kesihatan dan juga ketua unit bahagian rekod, sila pantau dan tingkatkan mutu perkhidmatan anda. Jangan dok canang hebat kat media bahawa perkhidmatan anda terbaik walhal sebaliknya. Jangan jatuhkan imej anda dan seterusnya menjatuhkan mutu perkhidmatan kerajaan.

Cadangan dari saya dan pengurus kilang di Gopeng:
  • Sediakan 2 orang pembantu perkhidmatan pelanggan
  • Adakan 1 bahagian untuk pendaftaran dan 1 bahagian untuk mengambil rekod perubatan.
  • Jika boleh taak perlu staff ramai-ramai. Saya lihat banyak makan dan cakap sahaja.
Sekian  terima kasih. Lepas geram dan kecewa dalam blog....

p/s: seorang ejen insurans bagi tips, suruh datang 4.30 petang. Tak perlu datang awal. Nanti dia orang tendang kita mcm bola.;(

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...