wah! best!

Followers

Jom klik

Sunday, May 01, 2011

Selamat Hari Jadi 2!!!

Salam semua... semalam adalah harijadi saya dan seperti biasa bila balik Ipoh akan berjalan-jalan lah. Mula-mulanya bercadang hendak pergi membawa Adib berubat di Darussyifa sebab dia selalu kata takut dan mengangis tetapi nasib baik telefon dahulu. Rupa-rupanya klinik itu dibuka pada hari Ahad sahaja. Jadi nasib baik ada plan lain, saya terus pergi ke syscom...

Saya pergi kemaskini peta GPS saya. wah sekarang dah ada peta Thailand dan Indonesia lagi.. hehehehe nanti kalau diizinkan, InsyaAllah akan ke BAngkok... tunggu kawan aka ATAN kerja sana la...boleh atan.. cari jalan-jalan cari barang motor.. kui kui kui..

Lepas itu seperti biasa lah, isteri saya aka chiq dina mula lah nak pergi kedai sincraft. Terletak di pekan di hadapan McD. beli barang cracft dia :)

Ini kedainya

menjual barang-barang perkahwinan gak

pekan Ipoh akan sibuk setiap hari Sabtu dan Ahad


Selepas itu kami pergi ke 100Yen yang terletak di hadapan Ipoh Parade. Harga barang disini kebanyakan RM4.90.. ada juga barang yang mahal.. tapi tak terlalu mahal...
100 Yen Ipoh




Seterusnya pergi ke Jaya Jusco untuk makan tengah hari. Kami semua makan di Johnny's restaurant..


tapi hari ini servis tak bagus langsung! lambat, tak hantar sos la.. nampak kelam kabut... tapi saya perasan, dah tak ramai pekerja Nepal. (mereka dah kena hantar balik kot)...

Sementara itu mak pergi ambil kek Hari Jadi saya!!! thanxz my mom!!

kemudian lepas makan kami balik dan hantar mak ke mesyuarat....tiba malam karang .... pergi berubat adib malam karang....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...