Petang tadi selepas menukar minyak hitam, kami sekeluarga telah pergi kedai Hani Restoran yang berada di belakang Billion Sungai Besar. Semalam baru saya perasan restoran itu. Puncanya ada kain rentang Yong Tau Fu dan Mee Bandung Muar. Akhirnya tercapai juga nak makan mee bandung muar. Nak tunggu Apai.. tak tahu bila dapat.. hehehehe
Restoran ini masih lagi baru. Menunya, wah nasib baik petang, kalau tak dah bedal Nasi Beriani Gam.!! Lauk yang ada, ayam, kambing dan daging. Nasi beriani biasa pun ada. Harga dibawah RM10.00. Yang mahal mestilah lauk kambingkan :).
Selain itu ada juga set ikan sembilang, ikan pari dan mayong (saya tak pasti). Set ini disediakan bersama nasi putih dan ulam serta sambal. Yang ini pun paling mahal RM8.00
Air, seperti biasa. seperti kedai biasa. Jadi anda boleh mencuba jika singgah di Sungai Besar.
|
Dari ttadi nak Laici... |
|
Menu |
|
Mee Bandung Muar (Pertama kali makan. Pedas!) |
|
Yong Tau Fu... sedap gak... |