wah! best!

Followers

Jom klik

Monday, May 02, 2011

Pertama kali tengok orang berubat terkena buatan...

Malam semalam saya telah pergi berjumpa dengan Ustaz Rofaie di Taman Klebang Jaya untuk berubat Adib. Asyik selalu kata takut dan lemah semangat, saya tergerak hati untuk membawanya berjumpa dengan ustaz.
Mula-mula saya bertanyakan kepada Atan aka ROSS sebab pernah terjadi kepada keluarganya. Namun ustaz tersebut tidak dapat nak berubat kerana tiada dirumah sepanjang cuti ini. Cuma dimaklumkan bahawa ada makhluk halus diatas kepala anak saya.

Setelah balik Ipoh, tergerak nak pergi DarusSyifa' tapi di Ipoh cuma pada hari Ahad sahaja. Ikhtiar yang lain adalah dengan ustaz yang berubat opah saya. Tapi tidak dapat menghubungi Mat Noor aka sedara... dan ikhtiar terakhir adalah Abg Yus yang memberi telefon nombor ustaz Rafaie.

Alhamdulillah dapat juga akhirnya dan jam 9.30 malam saya akan membawa Adib ke Taman Klebang Jaya untuk berubat. Amni dan ibu tidak ikut cuma ibu saya menemankan kami. Apabila sampai terkejut saya kerana ramai orang. Semasa saya sedang menunggu tergerak hati saya sebab saya hanya membawa botol air mineral 500ml sahaja tetapi orang lain membawa 1liter. hahahahaha tak mengapa lepak dahulu...

Semasa saya sampai saya lihat seorang perempuan sedang diubati. Terus terang saya katakan inilah kali pertama saya melihat secara 'live' seseorang muntah ketika berubat. Masa itu saya masih lagi diluar rumah cuma mak dan Adib sahaja didalam. Kemudian mak memberitahu agar saya pergi membeli air mineral 1 liter sebab rasa pelik kerana membawa botol kecil sahaja. Saya pun keluar... beli kat Nasmir...

Sekembali saya ke rumah tersebut, ustaz sedang berubat orang lain. Mak saya cerita perempuan itu menjerit meminta tolong... wah masa itu mak kata seram sangat lah. setelah selesai saya tengok perempuan itu sungguh lemah sangat dan saya diberitahu dia telah tendang pintu sehingga bengkok besi tersebut. Wah memang evil....

Masa Adib berubat, Alhamdulillah tidak ada perkara pelik yang terjadi. Kami diberitahu bahawa rumah mak saya ada HR (korang teka la ek) dan rumah sewa ada perempuan tetapi tidak teruk... maksud disini makhluk halus..Ustaz telah memberi air penawar dan meminta saya menyapu bedak sejuk kepada muka adib semasa tidur...
Masa Ustaz bagitahu yang rumah mak ada HR, memang mak saya terkejut... itulah saat bila dikenang terasa kelakar..memang mak takut sangat masa itu..

Hari ini saya telah membawa garam dan UStaz meminta saya menaburkannya disekeliling rumah. Mohon pada Allah semoga Adib tidak lagi takut, kuat semangat, dan tidur dengan lena

pagi pagi tengok neno

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...