wah! best!

Followers

Jom klik

Sunday, May 15, 2011

Kahwin oh!! Kahwin Kenangan Terindah...

Tarikh Mula: 3/5/2011
Tarikh Tamat: 3/7/2011
Tempoh : 2 bulan
PERINGATAN: Anda Yang Tidak Kahwin Pun Boleh Join!! Just Write it out…
5 Kategori Hadiah Kontest Kahwin Oh!! Kahwin
1) Hadiah Utama : Sebuah alquran digital – infonya boleh didapati di alqurandigital2u.com + 3 keping Dirham Kelantan!!
2) Hadiah Top Refferer : 3 keping Dirham Kelantan.
3) Hadiah Top Commentator: 3 keping Dirham Kelantan.
4) Hadiah Top SERPs: 3 keping Dirham Kelantan.
5) Hadiah Gambar Kahwin Terbaik : 3 keping Dirham Kelantan.



Kahwin oh!! Kahwin teringat kembali kenangan semasa dulu. Terima kasih En. Ar-Rifke kerana membuat contest ini. Terima kasih juga kepada MyKahwin.my berbesar hati untuk menjadi sponsor kepada En. Ar-Rifke. MyKahwin.my   merupakan sebuah direktori perkahwinan terbaik dan banyak kelebihan di MyKahwin.my Bagi bakal pengantin adalah sesuai untuk menjenguk ke MyKahwin.my bagi persediaan perkahwinan. Terima kasih yang tidak terhingga.


Memandangkan saya telah berkahwin dan Al Hamdulillah mempunyai sepasang cahaya mata saya ingin berkongsikan pengalaman atau kenangan terindah saya bersama anda semua. Suka atau tidak saya tidak kisah. Kalau sudi baca , tak sudi jenguk-jenguk blog saya pun boleh juga.'peace no war!'

Perkenalan saya dengan isteri saya bermula semasa kami berkhidmat di Kem Gunung Semanggol. Waktu tersebut kami sekadar kawan kerana masing-masing telah mempunyai buah hati masing-masing. Namun saya hanya berkhidmat selama 9 bulan sahaja dan bertukar kerja ke bahagian Jabatan Pelajaran Negeri Perak.

Jika jodoh tidak kemana, pada tahun 2005 kami masing-masing kembali solo dan kawan-kawan di tempat kerja lama telah merancang untuk menjodohkan kami. Pada 15hb September 2005 merupakan hari bersejarah kerana kami telah bersetuju untuk menjadi kekasih. Namun halangan demi halangan sentiasa ada. Sikap panas baran saya dan sikap keras kepalanya membuat jodoh kami bertambah kuat.

Pada 25hb Disember 2006 kami telah mengikat tali pertunangan dan tempohnya adalah setahun. Setahun bak kata orang umpama 100 tahun tetapi bagi saya umpama 1 bulan! Zaman sekarang banyak perkara yang perlu diambil kira dan pergaduhan kecil sentiasa berlaku. Biasalah syaitan pasti akan menganggu untuk memecah belahkan kaum Adam.

Al Hamdulillah seperti yang saya katakan kalau jodoh tidak kemana, pada 30hb November 2007 saya telah sah menjadi suami kepada Noor Adina binti Abu Bakar dan bermulalah kehidupan sebagai suami isteri. Pada tahun 2008 kami telah dikurniakan cahaya mata pertama iaitu Ahmad Adib Hakimi dan saya juga telah berjaya mendapat pekerjaan tetap. Pada tahun 2010 kami dikurniakan seorang puteri yang dinamakan Nur Amni Aqilah.Pesanan saya adalah semua yang berlaku merupakan dugaan kepada kita dan anggaplah ianya sebagai kenangan terindah kita....

Sebelum terlupa lawati juga 1tradezone yang menyediakan iklan perkhidmatan atau barang majlis perkahwinan. Sesuai dilawati oleh bakal pengantin dan juga butik andaman pengantin.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...