wah! best!

Followers

Jom klik

Saturday, April 23, 2011

Nasi lemak mengemukkan murid-murid??

sumber:mr.google

Salam.. sejak akhir-akhir ini kecoh mengenai obesiti dikalangan murid-murid dan telah menyebabkan Beberapa menteridalam industri kesihatan dan pendidikan telah bersetuju dan memutuskan bahawa nasi lemak hanya dibenarkan dijual sehari dalam seminggu di sekolah-sekolah seluruh negara!

benarkah ???
Bagi saya tidak logik jika hanya kerana nasi lemak murid telah obesiti. Seperti perkara-perkara lain, banyak faktor yang menyebabkan seseorang budak akan menjadi obesiti. Antaranya adalah:

  • Ibu bapa: Ini adalah pengalaman saya sendiri. Ibu yang memberi susu badan akan mempunyai anak yang sihat dan tidak obesiti. Selain berkhasiat dan mempunyai vaksin yang terbaik, ibu juga dapat menjaga bentuk badannya. Namun jika kita lihat trend sekarang, ramai ibu bapa yang memberi susu tepung dari tin. Pelbagai jenama yang dijual di pasaran. Anak buah saya menggunakan susu tepung sejak lahir dan sekarang berat badannya terlalu obesiti. Masih lagi tidak boleh berjalan walaupun sudah berumur 1 tahun lebih.
  • Restoran makanan segera (fast food) Ini juga salah satu faktor. LIhat iklan di media-media bercetak dan internet, pasti akan ada iklan KFC, McD, Burger KIng, Pizza Hut!!! Ini semua telah diketahui mempunyai kolestrol yang tinggi. Sebagai contoh di IPOH, McD, PIzza Hut, KFC sahaja ada di Jaya Jusco. Pihak Kementerian berkaitan sepatutnya memantau perkembangan perniagaan ini dan juga jika boleh kurangkan iklan dan memberi amaran seperti dalam iklan rokok. Beri kesedaran kepada rakyat mengenai keburukan jika selalu makan makanan segera.
  • Penjaja luar sekolah. Disekolah saya terang-terang ada beberapa gerai yang menjual 'junk food' . Murid-murid pun ramai yang singgah kesana selepas waktu sekolah. Pihak sekolah juga tidak dapat membuat apa-apa.Sepatutnya gerai-gerai tersebut menjual makanan berkhasiat seperti buah-buahan. Bukan murid sahaja yang akan datang, guru pun boleh juga!
Ini adalah pandangan saya. Bagi saya pihak kementerian harus memperluaskan informasi tentang kesihatan kepada masyarakat  dengan pelbagai kaedah. Jangan hanya hari ini untuk hari ini , biarlah ianya menjadi budaya kita.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...