wah! best!

Followers

Jom klik

Monday, April 04, 2011

CELCOM TIPU SAYA...

Salam semua.. dah lama saya tak menulis dalam blog. Hanya banyak berkongsi maklumat dengan anda semua. Saya selalu menziarah lamanwebinfo.com. Disini banyak maklumat terkini yang akan saya dapat mengenai pendidikan.

Awal bulan Mac saya telah berpindah di Sungai Besar. Alhamdulillah akhirnya dapat juga rumah yang hampir dengan sekolah. Bukan apa mudah untuk saya ke sekolah kerana jika dahulu jarak perjalanan memakan masa 20 minit. sekarang hanya 2 minit sahaja. Mudah bukan. hehehehe

Berbalik kepada tajuk saya di atas, masa saya berpindah 'coverage' untuk broadband Maxis tidak ada. Alahai skema pula. Jadi saya pun telah mendapat tahu  Kiosk Celcom di Billion Sungai Besar sedang mempromosikan Celcom Broadband. Memandangkan Maxis tiada line saya telah membeli Celcom Broadband dan saya dimaklumkan  bahawa saya boleh mencuba selama 7 hari dari tarikh pembelian dan wang akan dikembalikan.Berkali kali saya bertanya perkara yang sama namun...
setelah menggunakan selama beberapa hari perkhidmatan yang diberikan tidak memuaskan hati saya. Cuma ada edge sahaja. Saya pun memulangkan sim kad kepada Celcom Center di Teluk Intan . Namun saya tidak dapat wang saya pada hari itu. Saya perlu menunggu sehingga 2 bulan dan wang tersebut akan ditolak dengan duti setem. Tidakkah saya rasa ditipu?? Memang!

Sepatutnya pihak Celcom haruslah memberi penerangan sepenuhnya kepada agen-agen agar dapat memberi penerangan sepenuhnya. Jangan sekadar untuk mencari keuntungan dengan melantik begitu ramai agen sehingga perkhidmatan selepas jualan terabai! Kepada bakal pengguna broadband harap anda akan dapat memilih produk yang terbaik dan jadikan cerita saya sebagai pengajaran dan panduan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...